My Calendar

Sunday 4 December 2016

Terima kasih HTM2016!

Terima kasih kepada SEMUA yang menjayakan Hari Transformasi Minda 2016. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat buat kita SEMUA! #FKEEFokus #TransformasiMinda


Saturday 19 March 2016

Lima (5) Minit Sahaja...

Saya bukanlah begitu berpengalaman dalam pengajaran. Tetapi saya selalu ingatkan diri bahawa kerja ini adalah kerja yang saya pilih. Jadi saya mesti tunaikan sehabis baik.
Saya berpandangan, lima (5) minit pertama dan terakhir dalam kuliah adalah sangat penting. Lima (5) minit pertama mesti diisi dengan bait-bait bertanya khabar, nasihat dan teguran - penting bagi membentuk nilai diri pelajar tentang etika.

Lima (5) minit terakhir pula, elok ditinggalkan dengan persoalan untuk membuat pelajar berfikir akan tanggungjawab dan pesanan agar mereka sentiasa menjaga diri, kesihatan dan menjadi pelajar yang penuh tanggungjawab.

Friday 18 March 2016

Bersama Pelajar di Fakulti

Antara tugas yang mencabar mengetuai sesebuah Fakulti dengan populasi pelajar dan staf terbesar ialah keupayaan untuk mendengar dan terus mendengar. Apabila program seumpama Jalinan Muafakat dijalankan, peluang bersama mereka tidak dilepaskan begitu sahaja.

Gembira dan teruja apabila dapat bersukan bersama mereka! Semoga usaha baik seperti ini dapat dikembangkan demi kebaikan bersama.

Walaupun hanya tiga (3) minit, tetapi penatnya....huh