No great work is ever done in a hurry. To develop a great scientific discovery, to print a great picture, to write an immortal poem, to become a minister, or a famous general—to do anything great requires time, patience, and perseverance. These things are done by degrees, “little by little.” (W. J. Wilmont Buxton)
My Calendar
Thursday, 31 January 2008
Jalan-Jalan Cari Makan
Alhamdulillah, kini dah genap dua bulan di sini. Risau sebenarnya dengan perkembangan belajar ni ye jugak. Moga Allah mudahkan urusan dan kefahaman belajar nie. Dan kini, mesin penimbang menunjukkan anda adalah:
67 kg (dulu 72 kg) hehehe....
Kepada semua di Malaysia, doakan kejayaan uda di sini ye...
Saturday, 26 January 2008
Persoalan PhD...

Aku kena juga membiasakan diri dengan bermacam-macam perisian (belajar sendiri nie perlu sabar dan kuat) Visual C++, Quartus II, Cadence Virtuoso, C-Handle...ini untuk setakat nie dulu...aku yakin Linux juga kena dimahirkan dengan baik...
Ya Allah, berikan hambaMu ini ketenangan dan jadikan diri ini sentiasa bersyukur akan nikmatMu. Setiap nafas yang dihirup, rezeki yang dinikmati pastinya menjadikan diri ini malu dan tersangat aib untuk melakukan dosa terhadapmu.
10 Muharram 1429
Alhamdulillah, masa 10 Muharram 1429 tu kami dijemput untuk majlis makan-makan di rumah Kak Ina dan Abg Rashid. Terima kasih atas jasa baik kalian. Seronok jugak dapat berkumpul sekali sekala bersama warga Malaysia, ini yang dapat dirasakan berbeza dengan di Malaysia. Tambahan lagi, makan free nie sangat dinanti oleh orang-orang yang bujang hehe...memang sedap Kak Ina masak dan sampai aku terlupa nak ambik gambar-gambar makanan....hehe...Bagus bagi orang makan nie, murah rezeki, lagi-lagi jamu orang yang berpuasa kan. Budaya nie, antara budaya hidup positif masyarakat Malaysia di bumi perantauan yang wajar dibawa balik ke Malaysia. Sebulan sekali pun dah bagus mengumpulkan rakan-rakan ke untuk mengeratan silaturrahim. Moga aku dapat melaksanakannya kelak. Ameen
Friday, 25 January 2008
Wednesday, 16 January 2008
Citation and References Writing
Penulisan akademik sangat mementingkan "citation" dan penulisan rujukan (references) yang tepat. Penulisan artikel jurnal, laporan makmal dan sudah pastinya tesis juga memerlukan kita sangat mahir dalam aspek ini. Sebenarnya (aku la yg baru benar-benar menghargainya) terdapat banyak perisian di pasaran yang berupaya membantu kita mengurus dan menulis rujukan dengan pantas dan tepat misalnya Refworks, EndNotes dan sebagainya. (Rasanya Library UTHM takde benda nie). Berikut adalah contoh, bagaimana Refwork (Sebab Brunel pakai software nie) membantu menyediakan senarai rujukan secara automatik.
Berbanding sebelum ini, kita perlu (aku la je kot) menaip sendiri senarai rujukan dengan terhegeh-hegeh, salah nama la, salah tahun la, salah ejaan dll. Tetapi dengan Refwork ini kita boleh menyimpan "citation" kita dalam sistem pengkalan data (web based) dan apabila memerlukannya kita hanya janakan sahaja.
Selain itu, format yang berbeza-beza juga kadangkala menimbulkan masalah. Adakah kita gunakan APA, Harvard atau IEEE? Bagaimana perlu menulisnya? Refwork juga membantu kita dengan hanya kita menetapkan jenis apakah yg kita perlukan. Berikut adalah contoh perbandingan jika kita diperlukan menurut IEEE dan APA.
Semoga membawa manfaat kepada semua yang merasakan menulis rujukan adalah satu yang tidak boleh dilakukan CINCAI.
Monday, 14 January 2008
My 1st Presentation@Brunel - Part 3
Alhamdulillah, berkat doa dari Mak, Bak, keluarga, tunang, sahabat-sahabat dan anak-anak murid pembentangan pertama di bumi Brunel ini dapat dilalui dengan baik. Walaupun bagi sesetengah individu mungkin pembentangan pertama tidak memberikan kesan yang besar, namun bagi aku - setiap yang datang mesti dihadapi dengan sebaiknya dan kemudian berdoa kepada Allah agar dimudahkan. Antara pengajaran yang dapat dikongsi:
1. Yakin pada diri - jangan terlalu rasa kita terlalu rendah (bukan la sampai menjadi riyak - bina keyakinan)
2. Apapun tugas - mesti dibuat dengan sehabis baik. Allah suka akan hambaNya yang membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh
3. Doa adalah senjata mukmin.
Sunday, 6 January 2008
Muharam 1429
Alhamdulillah, moga dengan bermula Muharam 1429 kita sama-sama akan benar-benar menjadi hamba yang benar-benar ada sifat kehambaan kepadaNya. Ku pohon keredhaanMu...Mencari Damai Abadi...
Menu Restoran Semenchu...Pembukaan 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)