My Calendar

Wednesday 28 May 2008

Research Timeline and Reviewer Comments


Ini merupakan "research timeline" yang sedang dan akan dilalui. Setakat ini belum lagi mencapai tahap yang boleh dibanggakan dan usaha yang lebih konsisten diperlukan. Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutamanya sekarang dalam fasa "design work". FPGA, ASIC. Sturctured ASIC, VLIW, MIMD, Co Processor dan terkini LISA antara akronim yang semakin menusuk minda kemanusiaan ini. Apapun, seberat manapun ujian yang Allah datangkan ketabahan hati dan jiwa yang kental perlu senantiasa ada. Doa usah dilupa agar jalan yang terang dan mudah senantiasa ditunjukkan olehNya. Apalah daya kita untuk merasa diri ini hebat, sedangkan ujian dan ilmu yang sekelumit cuma ini pun tidak mampu kita tangani tanpa izinNya. Masihkah kita mahu merasa diri ini hebat? Satu peringatan buat insan bernama AFANDI AHMAD.

Tengahari ini mendapat e-mel dari WSEAS berkaitan komen penilai terhadap kertas jurnal yang dihantar. Syukur kertas ini dipelawa untuk dihantar "extended version" untuk diterbikan dalam Jurnal WSEAS Transaction Circuit and System. Ternyata, ini sangat memberikan motivasi pada diri yang serba kekurangan ini bahawa doa dan usaha itu mesti dilakukan. Walaupun hanya "review paper" yang mungkin dianggap mudah dan kurang bernilai oleh sesetengah penyelidik, namun justifikasi berikut wajar disemat dalam jiwa ini:

(1) "Review paper" bertujuan untuk memberikan kefahaman dan merupakan hasil (outcome) dari kerja-kerja kajian perpustakaan (literature review)
(2) Dengan adanya kertas ini dapat menentukan "research gap" atau kelompangan yang boleh diisi dalam kajian yang dijalankan
(3) Menulis sendirian dalam Bahasa Inggeris bukan mudah, namun tidak mustahil andai kita berusaha dengan gigih dan senantiasa melaksanakan konsep KAIZEN dalam diri

Walau, Jurnal WSEAS bukan lah sehebat Jurnal IEEE, Springer, Elseviyer namun sebagai pendorong kepada diri yang serba kekurangan ini, ini adalah satu permulaan kepada jurnal yang lebih terkemuka.

Semoga Allah memudahkan urusan ini dan terima kasih kepada semuanya yang senantiasa memberikan semangat dan dorongan, tidak perlu dititipkan nama di sini kerana insan-insan yang senantiasa menyokong pasti berkongsi rasa susah payah, suka duka diri ini. Terima kasih tanpa batasan buat kalian semua.

Friday 23 May 2008

Thursday 22 May 2008

Syukur


Syukur, Allah memudahkan urusanku dengan kertas kerja ini diterima sebagai "Invited Paper" dalam The 12th World Scientific and Engineering Academy and Society (WSEAS) – International Conference on Circuits, pada 22 - 25 Julai 2008 di Heraklion, Crete Island, Greece. Moga Allah mudahkan berkaitan urusan penajaan dan moga-moga kertas kerja ini juga diterima untuk diterbitkan dalam jurnal WSEAS.

Terima kasih kepada semuanya atas doa dan sokongan.

ResCon 2008


Insya Allah, penyelia telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Poster Penyelidikan Tahun 1 PhD dalam ResCon 2008 (25 - 26 Jun 2008).

Mohon jasa baik semua pengunjung blog yang budiman agar memberikan komen untuk membolehkan penambahbaikan dibuat, memandangkan masa masih ada.

Kerjasama kalian didahului ucapan jutaan terima kasih.

iDeAs

Moga Allah senantiasa memberikan ketajaman dalam kita berfikir. Ingatlah, jangan sekali-kali merasa diri kita hebat, sedetik kita mampu berfikir adalah nikmat tanpa sempadan yang dikurniakanNya. Masakan, kita tanpa rasa malu untuk berbangga diri?

Satu peringatan untuk insan bernama AFANDI AHMAD

Friday 16 May 2008

Terima Kasih Cikgu - 16 Mei

Pastinya alam persekolahan dan zaman bergelar pelajar sukar dilupakan. Kisah suka duka, cabaran, kawan-kawan di sekeliling kita dan pastinya cikgu-cikgu...

Perjalanan ini telah dan sedang dilalui. Aku doakan semua guru-guruku berada dalam lindungan Allah dan senantiasa bahagia.

(1986) Tadika Felda Semenchu
(1987 - 1991) SK. Felda Semenchu, Sekolah Agama Felda Semenchu
(1992 - 1994) SM. Semenchu
(1995 - 1996) SM. Teknik Johor Bahru
(1997 - 2001) Institut Teknologi Tun Hussein Onn (Kini UTHM)
(2002 - 2003) Universiti Kebangsaan Malaysia
(2007) - Kini) Brunel University, West London

Pastinya bukan satu tugas mudah menjadi seorang guru. Moga kalian semua ikhlas dalam menjalankan tugas yang mulia ini.

Terima kasih jugak kepada anak-anak murid yg masih ingat kepadaku dan mengirimkan ucapan selamat hari guru.

Terima kasih atas segalanya

Wednesday 14 May 2008

3 out of 65

14 Mei 2008 pastinya akan sentiasa dijadikan renungan. Kurang lebih dalam jam 12 mlm mendapat Messenger dari penyelia akan cadangan yang lebih bernas ke mana seharusnya artikel jurnal dihantar. Dengan format yang berbeza dan slaid pembentangan yang belum diberi sentuhan terakhir, aku cuba tangani dengan baik. Syukur, semuanya Allah mudahkan. Kurang lebih jam 5 .30 pagi baru berpeluang balik menghempaskan diri di atas tilam (tapi dah terang benderang pun - summer biasalah kan) dan ambik masa tidur sampai jam 10 pagi. Bangun dan bergegas ke BITLab dan buat sentuhan terakhir slaid. Pembentangan jam 1 petang.




3 out of 65 my slides presentation. The rest is P&C (hehe)


Alhamdulillah, Allah berikan kelancaran dan kemudahan untuk menyampaikan dan memberikan kefahaman dan minat kepada penyelia akan hasil kerja selama lima bulan. Walaupun pada asasnya aku belum berpuas hati secara peribadi, tetapi benarlah penghargaan seorang penyelia terhadap hasil kerja kita benar-benar signifikan dan menggembirakan. Syukur pada Mu Allah. Terima kasih atas doa keluarga, tunang dan semuanya yang tak jemu memberi dorongan.


Peringatan buat insan bernama AFANDI AHMAD
"Dont Stop At The Top"

Bulan Mei


Kali ini, tanpa aku di sana, aku tetap doakan semoga Bak (3 Mei), Angah (10 Mei), Amy (27 Mei), Mak (29 Mei), Along (27 Julai), Chik (23 Sept) , Abang Azam (14 Feb) dan Abang Long (22 Jun) serta anak sedara semua (sorry tak ingat).

Insya Allah, panjang umur kita akan bertemu lagi.

Monday 12 May 2008

Common Errors in English Usage

Agak lama tak menulis di laman blog ini. Tuntutan beberapa kerja yang mendesak fokus membuatkan laman ini terpaksa "dipinggirkan" buat seketika cuma. Perkongsian kali ini lebih kepada isu penulisan bahan menggunakan Bahasa Inggeris. Tidak dapat dinafikan, sebagai penutur Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis dengan lancar, mempunyai kosa kata yang berwarna warni dan tidak menjemukan. Lazimnya kita (aku la tu) menulis menggunakan kosa kata yang berulang-ulang (repititive) dan lebih malang lagi ada ketikanya (selalu) kosa kata tersebut "sangat salah" dan agak melucukan kalau diperhalusi maksud dan struktur ayatnya.

Kini, bekerja dalam suasana English (English Environment) benar-benar memaksa dan membuka landskap penguasaan yang lebih luas. Bayangkan, dengan pengalaman menulis tesis di peringkat sarjana muda dan juga sarjana dalam Bahasa Melayu dan kini beralih kepada semuanya kepada Bahasa Inggeris adalah satu pengalaman yang menarik (Insya Allah) untuk dikongsi.

Berikut adalah bahan yang boleh dimanfaatkan berkaitan "Commonly Miused Words and Phrases" yang seringkali kita abaikan penggunaanya. Antaranya ialah:

Accept, Except:

Accept is a verb meaning to receive. Except is usually a preposition meaning excluding. I will accept all the packages except that one. Except is also a verb meaning to exclude. Please except that item from the list.

Affect, Effect:

Affect is usually a verb meaning to influence. Effect is usually a noun meaning result. The drug did not affect the disease, and it had several adverse side effects. Effect can also be a verb meaning to bring about. Only the president can effect such a dramatic change.

Untuk bacaan lanjut, sila layari laman berikut: http://wsuonline.weber.edu/wrh/words.htm

Selain itu, laman web berikut ini (http://www.wsu.edu:8080/~brians/errors/errors.html) merupakan buku versi elektronik kepada hasil kerja Paul Brians dan sangat-sangat berguna untuk kita.



Apapun, pesanan kepada AFANDI AHMAD - walaupun kita bukan penutur English As a First Language, dibesarkan dalam suasana yang "tak suka tengok cerita orang putih", tulis tesis dalam BM dan semuanya, bukan alasan untuk menyebabkan kita hanya menjadi pemerhati dan penonton kepada kejayaan orang lain.