My Calendar

Monday 16 February 2009

Tumpang lagi...

Lagi dan lagi, tumpang semangat orang lain. Dua nama di atas juga satu gambaran bagaimana ruang ilmu itu adalah luas. Mengenali Alias Masek, banyak yang dipelajari.
  1. Dalam setiap kesukaran pastinya ada jalan keluar, mohonlah kepadaNya agar jalan-jalan itu ditunjukkan.
  2. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan keupayaan diri sendiri, kerana dalam diri kita ada 'kuasa dalaman' yang halus tetapi kental.
  3. Setiap sekolah kehidupan yang kita lalui adalah latihan terbaik yang ingin diberikanNya.

Pesan untuk AFANDI BIN AHMAD.

Thursday 12 February 2009

Tumpang Semangat Orang...Lagi dan lagi...

Tumpang semangat Abang Nazali, seorang anak, suami dan ayah yang sangat tabah. Manisnya, kami pernah kenal tetapi dari jarak jauh semasa di UTHM dan titik persilangan ukhuwah kami berlangsung di sini juga. Tidak terkecuali, beliau sangat sibuk dengan tuntutan sebagai guru di universitinya, selain pelbagai 'tugas hakiki'. Apa yang pasti, ketabahan dan kekuatannya memberikan dorongan dan kejayaannya membuktikan, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".
Peringatan dan tumpang semangat orang lain, AFANDI AHMAD.

Monday 9 February 2009

ERTI HIDUP PADA MEMBERI (Seorang Pelajar Kepada Penyelia)


Membuat pembentangan bukan satu perkara yang mudah. Tetapi, sebagai seorang pelajar, rutin menyampaikan pembentangan bukan satu perkara asing. Berikut adalah penambahbaikan yang perlu dilakukan pada masa akan datang:

(1) Kefasihan: Berfikir dan menyampaikan perlulan secara segerak (synchronous). Kefasihan terhadap bahan pembentangan dan kefasihan terhadap medium atau bahasa penyampaian.
Tindakan: Perlu lebih yakin dan rajin bersembang dengan bangsa lain. Supaya dapat melatih kemahiran berfikir dan kefasihan yang segerak.

(2) Bahan pembentangan: Fokuskan penerangan kepada bahagian "contribution" dan "novelty". Tonjolkan apakah yang telah dicapai.
Tindakan: Mahirkan pengaturcaraan dan fokus dalam penghasilan keputusan.

Moga-moga diri ini mampu untuk memahami konsep ERTI MEMBERI SEBAGAI PELAJAR KEPADA PENYELIA.

Peringatan untuk AFANDI BIN AHMAD.