My Calendar

Tuesday 21 April 2009

Kawan Baik




  1. Kawan baik, itu sangat penting. Tidak kira di mana kita berada, kita perlukan kawan baik yang faham hak dan kepentingan kawan baik.
  2. Dalam pengajian PhD juga, peranan kawan baik adalah SANGAT penting dan berikan kesan yang signifikan.
  3. Ini diakui juga dalam blog Dr. Zaidi yang banyak memberikan tunjuk ajar/panduan berkenaan selok belok dalam PhD dan peri pentingnya untuk mempunyai pasukan dalam PhD.
  4. Andai kita tidak mempunyai kawan baik dalam bidang kajian yang sama, kawan baik dalam lapangan yang berlainan juga besar ertinya.
  5. Ketika kita jatuh dan lesu tidak bersemangat, kawan baik kitalah juga yang memberikan dorongan bahawa "PhD nie kita kena jugak buat, kalau kita tak buat, memang tak akan habis".

Tetapi, tidak kurang juga "kawan pelik" yang hadir mewarnai dunia PhD ini. Sering merasakan "diri dan kajian mereka yang paling ulung", "boleh habis ke PhD sebab dah tukar penyelia dan tajuk", "ishh mesti kena buat lanjutan nie, memang tak siap punyelah", "tak sangka ye ko akan alami nasib malang mcm nie" dan NOKTAH.

Sukar sangatkah menjadi kawan yang bersifat sedia membantu, memahami, menghormati hak-hak peribadi, 'mengkritik secara jujur' dan pelbagai sifat mahmudah yang lain? Terima kasih kepada semua "kawan baik" dan "kawan pelik" yang mengajar diri ini apa erti "kawan baik" dan "kawan pelik". Aku serba kekurangan, tetapi aku ingin juga jadi "kawan baik" untuk kamu!

Sunday 19 April 2009

Ku Mohon

Sebuah rumah

Anak-anak saudara


Tupai bijak di Hyde Park

Gambar-gambar yang penuh dengan seribu pengertian. Dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini, pasti terlalu banyak yang perlu dihadapi dan dipelajari. Inilah yang dinamakan "Sekolah Kehidupan". Kadangkala, pelik juga melihat sesetengah insan di sekeliling kita. Sukar sangatkah untuk menjadi insan yang lebih bersifat "memahami dan empati" berbanding "merasakan diri kita terlalu unggul". Inilah warna-warna manusia, ku mohon agar ini juga adalah peringatan untuk diri sendiri, sedangkan kita tak pasti kapan bila kita akan pergi buat selama-lamanya. Ku mohon juga hari-hari mendatang dapat dijalani dengan penuh rasa kehambaan, hanya mampu mencuba yang terbaik.

Sesungguhnya, "Ku Mohon".

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar

Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatikuMelalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah

Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Monday 13 April 2009

Sehelai Daun Kering

Aku tidak pandai berpuisi...tetapi tidak salah untuk aku mencuba, mencoretkan bait-bait puisi...Aku ingin nukilkan sebagai sebuah puisi "Sehelai Daung Kering"...

Daun segar bukan hanya hijau
Ada yang coklat, merah dan juga jingga
Pabila musim berganti musim
Warna kesegaran juga bertukar
Merungkai seribu hikayat kehidupan

Ada yang sukakan hijau segar warnaku
Lagaknya bisa meredup pandangan iris
Ada juga yang dambakan merah jingga warnaku
Lambang keayuan dedaunan

Tiba masanya
Sang angin sahabatku menderu kencang
Aku sendiri tidak tertahan
Ingin ku terus berpaut
Aku juga tak mampu
Warna dan upayaku
Tidak mampu lagi untuk berada di atas
Aku pasrah yang aku ke tanah jua
Itukah hikayat dan manifestasi
"Sehelai Daun Kering"

Sunday 5 April 2009

Manifestasi Aku dan ...


Tulisan kali ini mungkin agak berbeza bunyinya.
Ketentuan yang Allah catatkan, pada hari yang sama bermula dengan membaca tulisan blog seorang yang banyak berjasa berkisar persoalan "kematian" dan bagaimana beliau membantu dalam menguruskan proses pengkebumian. Menjelang solat Zohor, terserempak pula dengan seorang sahabat karib di sini dan meluangkan sedikit masa, juga persoalan kematian menjadi topik perbualan. Kami bertemu lagi di perpustakaan pada lewat petang dengan wajah ceria dan kesibukannya. Seusai Maghrib, berita pemergian ayah sahabat karib di sini sampai ke telinga dan lantas cuba dihubungi, beliau berada di Heathrow bagi menghantar kakaknya pulang ke Zanziban bagi pengkebumian jenazah ayahnya. Diri ini terdiam, hanya mampu memberikan sedekah Al Fatihah kepada ayah sahabat karib. Moga-moga Allah memberikan lindungan bersama hambaNya yang diredhai.
Dengan kelalaian dan penuh tompok-tompok hitam di hati ini, terjemahan Surah Az- Zukhruf (Ayat 36) sangat menjelaskan kelalaian diri ini.
  1. Al Quran itu adalah teman dan rujukan. Andai sibuk dengan hal ehwal pengajian dan kehidupan yang sering dijadikan alasan untuk mengkesampingkan tugas dan tanggungjawab terhadap Al Quran, maka siapakah diri ini?
  2. Andai masa solat dikesampingkan lantaran "kesibukan" pengajian dan kehidupan, maka siapakah diri ini?
  3. Andai bangun malam dihabiskan kononnya untuk pengajian dan juga kepuasan nafsu hiburan semata-mata, maka siapakah diri ini?

Lemah dan kerdil sungguh diri ini. Andai dipanggil menghadap pencipta pada bila-bila masa, adakah telah cukup lengkap persediaannya? Diri ini perlu keluar dari kepompong keselesaaan yang merugikan!