My Calendar

Tuesday 11 March 2008

PhD Works - Dirac 0.6 Encode Process for Motion Estimation Strategy

E-mail from my supervisor


Main codes in Microsoft Visual C++ 2005 Express Edition


Results 1; for main encoding process


Results 2; for MEStrategy 1


Results 3; for MEStrategy 2

Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Doa restu mak, bak, adik beradik, tunang dan rakan-rakan serta anak-anak murid selalu aku dambakan.

Setelah hampir beberapa hari yang sudah (selepas dapat email dari penyelia) cuba membiasa dan memahirkan diri dengan Microsoft Visual C++. C++ dan lama tinggal, itupun masa 2nd year undergrad dulu dan perisian Visual C++ memang tak pernah guna sebelum ni, jadi belajar dari "sifar" sendirian berhad. Allah mudahkan, walau dalam kepayahan nak membiasakan diri dengan "environment" Visual C++ ini, akhirnya pada Sabtu lebih kurang jam 10 malam, ikatan itu dirungkai. Benarlah, jika kita berusaha dan berdoa, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Syukur pada Mu yang Allah. Ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku...Aku yakin hijrah aku melakukan PhD di rantau orang ini adalah satu tarbiyah untuk mendidik jiwa agar menjadi insan yang rendah diri, bergantung hanya padaMu dan bukannya manusia"

Kasih manusia sering bermusim....sayang manusia tiada abadi...

Kasihnya Tuhan tiada bertepi....sayang Tuhan janjiNya pasti....


No comments: