My Calendar

Monday 14 April 2008

Penyelia dan Diselia?




Lama tidak diisi laman ini, ternyata tuntutan kerja akhir-akhir ini agak memerlukan sedikit fokus. Walau apapun, satu perkara yang sangat menarik untuk sama-sama renungkan ialah "Penyeliaan". Satu istilah yang sebenarnya aku fikirkan dengan agak teliti beberapa minggu lepas ekoran PSM.

Walaupun aku bukan lagi menyelia pelajar-pelajar PSM di UTHM, namun atas dasar ukhwah masih ada yang sudi mendapatkan khidmat nasihat dariku. Aku bukanlah berkira atau mahu menunjuk lagak pandai, namun pertolongan yang dipinta aku cuba tangani sebaiknya, agar kalian dapat menunaikan "hak PSM" dengan sebaiknya.

Ada dua persoalan pokok yang bermain lantaran perkara ini; (1) Peranan penyelia dalam isu "rekabentuk penyelidikan", (2) peranan penyelia dan pelajar dalam isu "penulisan/persembahan hasil kerja".

Bagi aku, kedua-duanya adalah aspek yang penting dan saling berkait rapat. Sebagai jurutera, kita bukan sahaja perlu bijak membina model penyelidikan, menganalisa dan sebagainya, malah senjata "penulisan dan persembahan hasil kerja" jangan sesekali diabaikan.

Penyelia, seharusnya memberikan bimbingan sewajarnya kepada pelajar yang baru menjalankan projek PSM. Sebab itu jugalah, POPBL wajar dijadikan budaya seawal tahun 1 pengajian. Ternyata lebih banyak baik dari buruknya "Budaya POPBL" nie.

Seperkara lagi, persoalan penulisan menggunakan Bahasa Inggeris. Aku sedar, sebagai penutur English as a Second Language (ESL) bukan satu perkara mudah, lantaran itu latihan wajar disediaan oleh pihak Universiti supaya pelajar tidak lagi memberikan alasan mereka tidak boleh menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, walhal sudah berada di ambang kerjaya mereka.

Berada di Brunel, menjadikan aku sangat kagum dengan sistem sokongan mereka kepada pelajar antarabangsa. Selain kelas-kelas berkaitan Grammar, Writing dan Speaking yang disediakan mereka juga menyediakan 1001 macam bantuan. Syukur kepada Allah yang menghantar aku ke sini. Azamku, untuk mendalami bahasa ini dan moga-moga sistem yang baik ini akan dapat aku bawa balik ke UTHM. Aku perlu berpegang,


"tidak guna kita merungut pelajar kita tidak pandai, andai kita tidak ada usaha membantu mereka, kerana kita juga pernah bergelar pelajar"


Lihat sahaja la gambar siput tu, berusaha dengan bersungguh-sungguh itu perlu...kerana itu adalah hak kita, yang pasti DOA kepada ALLAH jangan dilupa.

3 comments:

zalycarl said...

nice pic!

hurm tats rite i agree tats
POPBL should start in early stage
like year one...
i experience it at year 3,
and if i can experience it
earlier...
of coz I'm become better
and more confidence!

paifitri said...

Assalamualaikum encik..
harap dalam keadaan sihat.
huhuhu...sebenarnya komen encik tu betul. masa temuduga kerja pun, company panasonic interview dlm english. English digunakn kt Uni ni bkn nk susah kan pelajar, tp penting kt tpt keje nnt. klu ade rakan keje org putih ke, foreigner ke, kan senang nk bkomunikasi. huhu

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

good , bagus untuk menambah motivasi.. baru2 ini ada kumpulan orang melayu menyatakan mahu hapus bahasa inggeris dalam mate,sains apa pandang tuan, dan boleh terangkan atau cara penyelesaian yang terbaik .. sebab kita hendak membina akar yang kuat supaya pokok yang nampak cantik tak mudah goyah....