My Calendar

Friday 6 March 2009

Signifikan

6 Mac 2009 (9 Rabiul Awal 1430) ~ Dua perkara yang ingin dikongsikan terutamanya untuk halwa telinga sendiri dan kepada sahabat-sahabat juga. Signifikan dan Fokus.
Signifikan adalah satu perkataan yang seringkali timbul setelah mendaftar sebagai calon PhD. Saban masa diungkapkan "adakah kajian yang dijalankan signifikan?". Mudahnya perkataan ini seharusnya merujuk kepada kriteria seperti mempunyai berkaitan, relevan, memberikan kesan serta lengkap dengan justifikasi. Sekadar ingin berkongsi, bagaimana secebis coretan dan perkongsian ini begitu signifikan kepada saya:

"baru2 ni saya ada jumpa dgn seorang pelajar Phd kat uthm ni, org indonesia. dia cakap Phd dia 3 thn... tapi sekarang dia dah 1 tahun setengah, dia cakap Phd dia hampir siap, dia hepi ja. masa R&I pun dia dapat pingat.. tapi orgnya, selalu sy jumpa di Masjid. dia siap ckp "pegi masjid tu satu catalys (pemangkin) yg mempercepatkan urusan seharian kita. doa.. sebab Allah yg kontrol kita.." sekarang ni dia cuba buat penambah baikan Phd dia. tertarik saya cik. saya harap Allah akan beri kemudahan yg sama pada cik. Moga kita semua berjaya.."

Sekadar merenung ke dalam diri yang serba kekurangan dan pastinya coretn pesanan ini mesti diambil peduli dengan sedalam-dalamnya. Diri ini seringkali silap, silap dan silap. Pastinya, setiap hari-hari yang mendatang perlu dimukai dengan rasa syukur dan sayang akan diri sendiri. Persoalan PhD sewajarnya menjadi landasan terbaik pada masa dan ketika ini sebagai satu medan latihan yang 'sebenar-benar latihan'.
Rumusan: Kadang-kadang kita melihat perkara itu terlalu kecil (misalnya dengan hanya secebis emel yang pendek), tetapi kesannya berupaya memberikan dorongan dan mungkin menggembirakan insan lain.
Fokus: Sekiranya kita bekerja dengan fokus yang tinggi, dengan izin Allah hasilnya adalah lebih baik dan memuaskan hati. Justeru, fikirlah dengan matang bagaimana untuk menghindari segala bentuk perkara yang boleh menjejaskan fokus kita dalam pekerjaan yang kita lakukan. Lagi dan lagi, ini hasil kerja yang berkualiti juga sangat penting dan jangan sekali-kali, buat kerja asal siap. INGAT!

No comments: