My Calendar

Monday 4 January 2010

Merancang Kerja?

Dalam satu-satu masa, kadang kala kita berasa sangat 'sesak' dengan pelbagai persoalan yang hadir. Tanpa kita sedar, 'kesesakan' lalu lintas dalam kotak fikiran kita ini menyebabkan kita jadi buntu, murung, tidak gembira dan segala yang sewaktu dengannya. Untuk bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang, maju ke kiri atau ke kanan juga kita berasa kurang pasti.

Mungkin, pada masa dan ketika ini apa yang kita boleh lakukan ialah:

  1. Luangkan masa untuk menyenaraikan semua kerja-kerja yang perlu, kurang perlu dan tidak perlu untuk kita lakukan. Pastikan setiap kerja itu ada julat masa yang kita ingin tentukan kewajaran disiapkan.
  2. Senaraikan masalah-masalah yang ada. Kenal pasti adakah masalah itu berpunca dari kita. Jika ya, maka kita kena selesaikan dengan segara. Tetapi, bagi masalah yang di luar kawalan kita, kita mesti belajar untuk 'delete' dan 'empty trash' dari diri kita. Berdoalah kepadaNya.
  3. Kurangkan perkara yang boleh mencetuskan kekeliruan, persengketaan dan segala yang boleh mengundang fikiran kita jadi berkecamuk. Nikmati masa sibuk dan sesak dengan sebaiknya. Kerana kalau kita berjaya melaluinya, kita akan rasa satu kejayaan dalam diri kita.
  4. Belajar menjadi orang yang lebih tegas. Jika TIDAK, katakan TIDAK!. Belajar untuk membuatkan mereka yang berada di sekitar kita menerima kita seadanya.
Justeru, teruskan dengan kerja yang perlu diselesaikan. Pastikan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai! Yang ada di depan dan jelas itu kita kerjakan! Yang belum pasti lagi, kita ketepikan buat seketika!

No comments: