My Calendar

Monday 31 December 2007

Hondaku Tertinggal di Malaysia....Kini...

Hari nie dah 31 Disember 2007. Maaf sesangat sebab agak lama jugak tak posting kat sini. Bukannya "membekukan" diri...sekadar menunaikan tanggungjawab terhadap perkara yang lebih utama.
Tapi, tak mengapa...bagi mengakhiri kalendar 2007...beberapa posting nie diharap dapat mengubat luka ini kepada semua yang ada di Malaysia.


Setelah hampir 3 minggu berjalan kaki ke University, akhirnya aku berubah mod pengangkutan kepada sebuah basikal. Aku beli basikal nie pun 2nd hand je daripada Kak Ina (yang pakai baju merah gambar di bawah nie) dengan harga 50 GBP....Alhamdulillah, masa perjalanan dari 40 minit (berjalan kaki) dipendekkan kepada 15 minit (berbasikal). Insya Allah balik Malaysia nanti boleh la aku sertai LTDL...hehe....Sepanjang naik basikal nie...hehe lucu gak...nak kayuh naik bukit...aduih semput gak...dan nak sesuaikan dengan kaedah pemanduan di negara penjajah nie...Hondaku....rindunya...JHV 6905


Ini lah gambar abg rashid dan kak ina (serta kak aida dan abg husni) ketika majlis makan sup di rumah (NISHA - Husni & Sha). Aku apa lagi, pantang org jemput ajak makan...kalau free memang sentiasa ON jek la..."rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari".

No comments: