My Calendar

Thursday 12 November 2009

Pelik?

Bagaimana orang yang sebelum ini pernah kenal dan boleh dikategorikan agak rapat dengan kita, tiba-tiba seolah-oleh tidak pernah kenal dengan kita. Kenapa ya? Yang lebih memusykilkan, kekerapan kita bertemu untuk membuka ruang perselisihan pendapat juga sangat-sangat minimum, apatah lagi berbicara soal dirinya.

Tak mengapa, didik diri kita agar kita tidak jadi begitu. Semakin kita melangkah ke depan, harus kita ingat yang kita berjaya bukan kerana diri kita, kita hidup selesa juga bukan kerana diri kita semata. Lantas! Didiklah diri kita untuk bersangka baik!

5 comments:

Mohsen Amdan said...

lama tak dgr cerita?

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

naper pulak ini ... kamu sangka yang bukan2 ..sibuk kot kawan kamu tu kot

Musa Abu Samah said...

pelik aku kalo ada orang x puas hati dgn kau... adakah ko yg berubah atau orang itu yg x boleh menerima ko seada nyer... apa pun semoga ko kekal berada dilandasan yang betul dalam kehidupan ini

afandiahmad said...

Mohsen: Doakan segalanya OK
Aman: Aku pun harap dan sangka mcm tu
Musa: LOL! Aku insan biasa cet!

A Journey of Hafiy Hasha said...

Hati manusia kan selalu berubah .... lagipun .. kita takleh mengharapkan orang yang disekeliling kita selalu memahami keadaan kita.. walaupun hakikatnya hidup bersahabat memang begitu, apepun ... terimala orang di sekeliling kita seadanya .... Kalau la ade jawapan bagi persoalan itu, nak sangat tahu ... kenapa perlu ada jurang antara orang yang pernah rapat ngan kita dengan diri kita sendiri ... adakah keterlanjuran kata@bahasa@ perbuatan itu, sama sekali tidak mampu dilupakan .... Kekadang, keceriaan hari-hari yang berlalu dan bakal dilalui tercalar hanya kerana ketidakmaafan yang masih berbaki....