My Calendar

Sunday 28 March 2010

Menulis Tesis Dengan Baik

Dalam proses nak dapatkan panduan menulis dengan baik, terjumpa satu slaid yang sangat mengesankan. Selain dari memberikan panduan bagaimana menulis tesis dengan jayanya, terdapat dua perkara yang memberikan kesan untuk sama-sama direnungkan.

A: Kenapa memilih kerjaya sebagai ahli akademik?
B: Tiada jalan pintas untuk kejayaan

Secara peribadinya, aku melihat soal jalan pintas ini bukan sahaja dalam persoalan pengajian PhD. Tak kira apa jua yang kita lakukan, lakukannya dengan penuh iltizam dan usaha yang jitu. Dugaan dan jatuh bangun itu pasti. Panjatkan doa supaya kita senantiasa kuat dalam pelbagai kemungkinan dugaan dan cabaran.

Untuk yang memuat turun slaid boleh layari http://www.cs.cmu.edu/~priya/ICSOC-PhDSymp-2006-dist.pdf