My Calendar

Saturday, 29 May 2010

Paris dan Hong Kong

Syukur. Ada dua kertas diterima untuk persidangan di Paris (3 - 5 Julai 2010) dan Hong Kong (26 - 29 Sept. 2010). Tetapi, dengan kekangan kewangan yang agak mencengkam dan kekangan penajaan, mungkinkah hasrat untuk membentangkan kertas kerja ini harus dilupakan?


Pastinya ada jalan keluar dan cabaran ini. Kalau ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang sudi untuk menaja saya, bolehlah menghubungi saya :)

Thursday, 27 May 2010

Indeks h

Menarik untuk difahami. Bagaimana wujudnya Indeks h untuk mengukur ketrampilan seseorang saintis. Mudahnya, instrumen ini sangat berguna dalam proses penilaian dan penganugerahan kepada seseorang individu. Agar, proses pemberian imbuhan berjalan dengan adil dan saksama.


Dalam dunia akademik misalnya, mungkin juga perlu diwujudkan indeks sebegini bagi mengukur dan meningkatkan daya saing yang sihat. Contohnya, dalam Majlis Profesor Negara yang baru ditubuhkan seharusnya wujud indeks agar di kalangan mereka sentiasa bersaing dan tidak selesa dengan jersi profesor yang mereka pakai. Sama juga untuk posisi-posisi lain, sebagai pensyarah, pensyarah kanan dan profesor madya.

Sekadar pendapat. Moga ada manfaat.



Tuesday, 25 May 2010

Bahasa Ketiga

Kita perlukan bahasa ketiga. Dengan adanya rakan penyelidik dari Perancis yang lebih mahir menggunakan bahasa mereka, mempelajari sedikit sebanyak bahasa mereka juga adalah satu tuntutan. Buktinya, bahan-bahan yang diberikan juga dalam bahasa mereka.

Tak mengapa, insya Allah ada jalannya. Buat masa ini, enjin terjemahan di Internet boleh diguna pakai untuk memberikan idea sebenar, walaupun mungkin tidak begitu tepat dalam aspek bahasa.

Benar, semakin kita melangkah semakin banyak yang tidak kita ketahui dan memahami akan kerdilnya diri ini.

Monday, 24 May 2010

Master or PhD levels?

Earning a Masters is a process of developing and applying expert skills to achieve a complex and significant engineering goal; while, earning a PhD involves demonstrating the ability to uniquely advance the field in technology or knowledge

Tuesday, 4 May 2010

Bak dan Mak


Bak, 3 Mei 2010, genap 64 tahun.
Mak, 29 Mei 2010, genap 60 tahun.

Pastinya hanya doa yang dapat dipanjatkan dari kejauhan ini
-- Anakmu