My Calendar

Friday 30 November 2007

Minutes 2 - 29 Nov. 07 (Howell Building)

Part A: Identify your research direction

  1. Multimedia broadcasting – Video compression
  2. Low power – CADENCE – available here – for any training/updates info check with Europractice (MIMOS in Malaysia – just check any potential collaboration)
  3. IP Block
  4. DiRac
    wavelet custom algorithm
    wavelet video based encoder and decoder
    complete solution
    BBC and open source community really appreciate it
  5. H264
    MPEG2 generation
    Standard using all over the world

Part B: Identify all the possible tools
CADENCE Virtuoso

Part C: Identify all the possible publisher to publish your finding
IEEE Transaction – Circuit Video Technology
IEEE Transaction – Circuit and System

Part D: Potential resources
IEEE Transaction – valid within Brunel campus
INSPEC – using Athens ID

To do:
Plan of 3 years study
Keep revising every 2 month

Others:
Dr. Jonathan wouldn’t be around 8 Dec – 4 Jan 2008

Students - Lecturers Relationship

Small, but it worth the significance


Bronze Medal in National Research and Innovation Competition
(NRIC 2007) for Engineering and Technology Category:
Azlan Bin Muharam
“Development of Monitoring System for UTHM’s Cleanroom using LabVIEW Software”.
Mohd Hafis Bin Rahman
“Development of Monitoring and Controlling System for Industrial Conveyer Model using LabVIEW Software and Web Browser”,
Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik (FKEE)
Konvokesyen UTHM Ke 6
Puan Hanani - Mencurah ilmu dan bakti tanpa mengira fakulti
Hairol Jabbar - Bertanggungjawab dan berdedikasi
Hasrul, Nabil, Raja, Syauqat, Zul - Anda baru bermula :) - Keep it up!
Pengalaman menyelia projek sarjana muda paling MENGGEMBIRAKAN.
Mempunyai pelajar yang sangat berdedikasi. Win-Win Situation

Thursday 29 November 2007

Mencari Redha Ilahi...

24 November 2007 (6.00 petang), Bandar Tasik Puteri Rawang
Bersama keluarga tercinta

24 November 2007 (10.00 malam) KLIA
Mak, Bak, Along dan Lia

1 Jun 1979 - Aku dilahirkan ke bumi Allah. Membesar sebagai anak Felda Semenchu. Pelbagai rencah hidup dilalui. Mak (Halijah Bt. Othman) dan Bak (Ahmad Bin Mashod), tak mungkin akan dapat aku balas jasa dan pengorbananmu...Mak dan Bak hanya sekolah setakat darjah 6 dan darjah 3...seorang nelayan...mencari rezeki di gigi laut...berhijrah ke Felda Semencu...menjadi peneroka felda...memerah leringat di ladang sawit saban hari...mencari sesuap rezeki dan KEBERKATAN ALLAH.

Gigih dan Tabah

Aku Bangga Menjadi Putera Ahmad dan Halijah.

Wednesday 28 November 2007

Tolong Kemas Rumah

Terima kasih tak terhingga kepada yang banyak bantu dalam saat-saat nak mengemas rumah... Raja, Nabil, Zulkhair, Hasrul, Syauqat, Hafizal, Azlan, Naim, Abu, Kama. Hanya Allah yang dapat membalasnya...Moga kalian berjaya di dunia dan gemilang di akhirat. Insya Allah

Masihkah Kau Ingat...

Teka Orang...Siapakah Yang Macho nak menyelam pakai topi tu?


Kem Pemantapan dan Motivasi Peningkatan Mutu Pembelajaran
SESI 2006/2007
KemAH Bt 13, Muar, Johor
25 hingga 27 Ogos 2006



Barisan "Orang Kuat" yang menjadi nadi kegemilangan FKEE dan UTHM!

Sahabat Sejati...

Syed Aries Ameer Bin Syed Abd Kadir
- alamak camne takde gambar dengan Zaim dan Muhida ek...
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'
Terima kasih sahabat-sahabat baik di UTHM - KMK 2,
Shamsul, Khalid, Amely, Kak Ina, Jamal, Jumadi, SZarina, Mariyam, Nor Shahida

Sahabat...

Aku bersama keluarga shamsul yang baik hati - Kak fizah, irfan dan amani...aik? la kesiannya amani tersorok di belakang


Sahabat adalah insan yang sedia berkongsi suka duka dalam kehidupan. Semuanya menjadi kenangan yang terindah...
dalam hidup ibarat pelangi yang hadir selepas hujan.
Walau bumi dibasahi namun pelangi tetap setia mewarnai.

Jejak Pelajar - Penyelia

Penyelia 1
Penyelia 2
Siapa pelajar nie ye?
SILA AMBIL PERHATIAN:
3 Disember 2007 - 2 Disember 2010
This research will explore basically into three main areas; High Definition Television (HDTV), COder-DECoders (Codecs) for video compression on output video bit rates and the Very Large Scale Integration (VLSI) for low-power design architecture. Digital television was introduced as an improvement over analogue television, offering High Definition Television (HDTV); an increased number of programmes offered with existing channels; broadcast to low-power, portable devices; reception in moving vehicles; and distribution over alternative telecommunications networks, including the Internet. VLSI architecture part will focus on the software and hardware approaches to power reduction and battery management since this issue are becoming essential, leading to low-power codecs. In some cases, the low-power techniques are standalone. In others, the techniques are tied to the underlying hardware and power consumption reductions may be relative to that hardware.
Task 1: Find any "master paper" from any refereed journal (IEEE)
Task 2: Find the modelling instrument - maybe using MATLAB
Task 3: Try to explore - FPGA for testing

Registration Day

Hari nie agak menggembirakan sebab beberapa tugas dapat dibuat.

1. Brunel International - Selesaikan pendaftaran - SELESAI
2. Student Center - Student Card - SELESAI
3. Computer Center - ID Login - SELESAI
4. Library - Library Card - PENDING - Follow up
5. Bank - Akaun - PENDING - Follow up
6. Medical Center - PENDING - Follow up

Yang lebih gembira dapat jumpa penyelia Dr. Jonathan dan Prof. John Cosmas. Hanya simple meeting tetapi sangat bermakna, kerana pesanan mereka:

1. Pastikan siap PhD sebelum 3 tahun
2. Pastikan ada 4 publication dalam IEEE Transaction
3. Pastikan selepas 3 bulan dah jelas dengan research direction (4W I H)
4. Jumpa Dr. Jonathan setiap minggu supaya keep updating the progress
5. Setiap tahun ada penilaian prestasi - untuk mengukur kemajuan kerja

Lepas tu, Dr. Jonathan bawa ke makmal dan aku ditempatkan di BIT Lab (http://www.brunel.ac.uk/courses/pg/pgstudy/bit/). Tempat dah ada, insya Allah esok boleh memulakan perjuangan secara rasmi. Terima kasih banyak Dr. Jonathan.

Petang gie umah abg husni n kak sha - makan nasi lauk sambal tumis. Sedap...Alhamdulillah, insya Allah aku tak akan lupa kebaikan orang lain...
Pastu shidi ajak plak gie umah nani, so just ikut jek la...Nani dah ada "Wafa Alia" Tahniah...


Akhirnya...aku pulang dengan persoalan...yang aku masih belum jumpa jawapannya di antara hakikat dan kebenaran...

Tadi balik naik bas jek, hujan...tak tahan sejuk...:)

Reminder:
Jangan lupa esok ada International Student Orientation...jam 2 ptg...

Tuesday 27 November 2007

Diari Hidupku...Di Rantau Orang

Bermula la kerjaya sebagai tukang masak profesional...Telur n Sardine buat ujikaji yang pertama
Habis jugak semalam, borong di Tesco adalah dalam 81.95 GBP


Ini kad top-up tambang bas, rupanya kat sini org tak bayar cash, Alhamdulillah selama ni driver bas tu nampak kot "cop" org baru sampai kat dahi...klu tak mau dia tak bg naik bas

Pasport Malaysia? Hehe...Aku akan jejaki Malaysia...Nantikan kepulanganku dengan sebuah kejayaan, insya Allah


Alhamdulillah...Sesungguhnya hanya pada Allah tempat kita meletakkan pergantungan...

Selamat Datang Ke Brunel University

Brunel Islamic Society - Persatuan pelajar Muslim kat sini, Alhamdulillah dah jumpa


Kat Brunel, setiap selasa ada "Fruit Market" emm kira mcm Pasar Tani, ok lah senang sikit nak beli buah-buah & barang dapur


Ini delivery punya order, nasi bariyani ayam 8 GBP (= RM 56) dah la pendi, tak yah convert to RM :)


Alhamdulillah, hari nie walaupun masih belum dapat jumpa penyelia, aku ke Brunel jalan kaki aje, hehe...punyelah jauh sebenarnya dalam 40 minit...dengan sejuknya...namun aku yakin perjuangan menuntut ilmu ini adalah Jihad di jalan Allah...Inilah rutin yg bakal aku lalui, kena berjalan kaki ke Brunel (40 minit pergi dan balik). Emmm....sure kuruslah pas nie...

Allah membuka jalan. Tak sangka lepas shj solat Asar, dah nak balik dah pun...jumpa dengan Kak Ina, orang Malaysia la (Staf PSA) buat Master in Biomedical Sciences, tak lama pastu juma Kak Sha (Staf UiTM), Kak Nab (Staf PPD) dan Viena (Staf PJB). Panjang gak kami sembang...Moga ukhwah dibina kerana Allah.



"Aku juga mula mengenali...siapakah diri ini dan diri orang lain yg sebenarnya"

Malam, lapar jugak pas penat berjalan balik tadi order la nasi beriyani n fish masala, pastu Kak Ina telefon ajak beli barang kat Tesco. Ya Allah, terima kasih atas bantuanMu.

Abg Rashid dan Kak Ina kira macam senior bagi orientasi kat aku yg terlalu baru kat sini:
1. Jangan kedekut untuk tolong orang
2. Buat baik dengan orang tak akan kerugian
3.
Tunjukkan jalan kepada orang yang sesat, insya Allah kita tak akan disesatkan



"Ya Allah, terimalah taubat hambaMu yang hina ini...Aku memohon agar kau janganlah nasib ini ditentukan oleh diri aku sendiri, walaupun dengan kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..."


Muka penat


Nie muka baru sampai kat security office Brunel University (www.brunel.ac.uk), setelah perjalanan yang "mencabar".
Alhamdulillah, Allah mudahkan.

KLIA 24 November 2007 - 11.55 pm


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana perjalanan dari KLIA (24 Nov. 07) 11.55 pm dan sampai di Heathrow pada (25 Nov. 07) 5.20 am.
Terima kasih sangat pada mak, bak, semua family and lia, serta semua yang sudi hantar, Shamsul+KakFIzah+Amani+Irfan, Aries+muhida+zaim, Fizal+anak sedara, Hasrul, Nabil, Syauqat, Raja, Zulkhair, Zulhilmi, Anas, Azrin, Wan, Ezani+Friend, Pak ku, Yus, Rudi.
Doakan kejayaan saya di rantau orang.