My Calendar

Monday 1 December 2008

Saturday 15 November 2008

Memilih Tuan/Puan Penyelia?

Pendahuluan

Meneruskan pengajian ke peringkat PhD boleh dikatakan menjadi impian, dengan harapan niat menyambung pengajian adalah kerana ingin mendalami ilmu dan menjadikan diri lebih memahami dan menuruti konsep kesarjanaan. Namun, ketakutan juga pasti hadir dalam segenap ruang hati dan fikiran. Pelbagai persoalan timbul: "Mampukah untuk menyelesaikan dalam masa yang ditetapkan", "Mampukah memastikan hasil kerja diikitiraf dalam jurnal berwasit dan persidangan berprestij", "Mampukah ditangani kesarjanaan insan yang bergelar penyelia", dan 1001 macam persoalan lagi.

Huraian

Pendapat berikut adalah satu perkongsian yang lebih bersifat berkaitan aspek PEMILIHAN PENYELIA, dan bagi saya saya sebagai pelajar yang lemah adalah dikategorikan kritikal. Perkongsian ini lebih menjurus kepada mereka yang bakal memilih United Kingdom sebagai destinasi menggali ilmu pada peringkat PhD dan juga memilih untuk menjalankan PhD secara konvensional (perkongsian ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang memilih ke destinasi lain untuk bergelar "pelancong PhD" misalnya USA, Jepun, Eropah), tetapi mungkin juga sesuai dengan mereka yang ingin "memperkasakan R&D" di Malaysia - memandangkan boleh dikatakan negara kita menggunapakai sistem PhD konvensional.


Berikut adalah isu yang seharusnya diperhalusi dan selayaknya mendapat pertimbangan:

Semak potensi bidang kajian (melalui jurnal dan persidangan terkemuka)

Mengenal pasti bidang kajian bukan perkara yang mudah. Selain perlu disetarakan dengan kelulusan, kemahiran dan minat yang ada, potensi sesuatu bidang juga perlu diteliti. Indikator terbaik adalah dengan merujuk kepada bilangan jurnal terkemuka yang wujud dalam bidang berkaitan. Analisa boleh dilakukan terhadap perkembangan bidang tersebut dengan melihat kepada bilangan/kekerapan artikel yang ada. Mudahnya, ini boleh diukur berdasarkan Journal Impact Factor (JIF). Perlu diteliti, adakah bidang tersebut sudah mencapai tahap tepu atau masih terdapat ruang-ruang knowledge contribution yang boleh diisi? Selain itu, dengan menyemak persidangan-persidangan terkemuka juga boleh memberikan gambaran terhadap potensi bidang kajian kerana lazimnya penyelidik-penyelidik mewar-warkan keaslian hasil kerja mereka juga dalam persidangan-persidangan terkemuka. Selain itu, kaedah mudah yang boleh diguna pakai juga melalui tinjauan kepada Call For Paper (CFP) bagi jurnal dan persidangan. Ini secara jelas juga memberikan gambaran semasa terhadap bidang-bidang tumpuan penyelidik-penyelidik seantero dunia.

Nota: Persidangan terkemuka dirujuk kepada persidangan yang mana kertas pasca-sidangnya diindeks oleh badan-badan terkemuka, misalnya IEEE (bidang EE) dll. Jurnal terkemuka pula merujuk kepada jurnal berwasit dengan kesan impak (sila rujuk kepada "entry" terdahulu)


Hubungi penyelia yang berpotensi

Setelah mengenalpasti bidang yang ingin digali ilmunya, dan juga berdasarkan artikel-artikel rujukan melalui jurnal dan persidangan terkemuka, kita boleh mengenalpasti akan terdapatnya nama-nama besar atau "key player" dalam bidang-bidang tertentu. Mendapat peluang berkerja dengan individu-individu hebat pastinya juga memberikan impak yang besar kepada proses penggalian ilmu PhD ini. Tentu menjadi impian kita seandainya, penyelia kita adalah Chief Editor kepada IEEE Transaction on VLSI. Hubungi penyelia berpotensi terbabit dengan menyertakan maklumat diri (CV) dan minat dalam bidang terbabit (perlu juga belajar menulis emel ini yang akan memberikan gambaran siapakah kita). Ingat! menyatakan yang kita telah membaca hasil kerja penyelia berpotensi tersebut turut menggambarkan bahawa kita serius ingin bekerja dengannya.


Hubungi pelajar (semasa dan yang telah tamat)

Ini juga adalah satu tindakan yang penting, bagi mendapatkan gambaran asas siapakah bakal tuan/puan penyelia yang bakal kita menjadi bos kita sepanjang 3 tahun. Gunakan enjin pencari sebaiknya untuk membantu mendapatkan alamat-alamat emel bekas-bekas pelajar (ALUMNI) bagi penyelia tersebut. Manakala, bagi pelajar semasa juga perlu dihubungi bagi mendapatkan pandangan semasa terhadap bakal tuan/puan penyelia. Berdasarkan dapatan daripada maklumbalas emel yang diterima, lakukan penilaian kasar terhadap apa yang dinilai oleh pelajar semasa dan bekas pelajar tuan/puan penyelia. Sedikit sebanyak, ini membantu bagi kita untuk memahami siapakah tuan/puan penyelia, peribadinya, kualiti kerjanya dan hubungannya dengan pelajarnya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa dapatan ini hanyalah gambaran kasar dan sebarang kemungkinan perubahan perlu dihadapi dengan siap sedia.

Nota: Ada pelajar yang hadir sendiri ke universiti tersebut untuk berbincang dengan kumpulan penyelidik di bawah tuan/puan penyelia dan juga berbincang dengan tuan/puan penyelia sendiri - bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Semak laman web/CV penyelia

Perkara utama yang perlu disemak ialah bidang kepakaran tuan/puan penyelia. Jika tuan/puan penyelia menyudahkan PhD mereka di UK, kita juga berpeluang meneliti abstrak tesis mereka melalui http://www.theses.com/. Ini adalah penting untuk memberikan gambaran terhadap bidang kajian dan minat sebenar mereka. Berdasarkan senarai penerbitan tuan/puan penyelia, teliti sejauhmanakah mereka aktif dalam penulisan dan penerbitan, terutamanya dalam jurnal berwasit dan persidangan terkemuka. Melalui senarai penerbitan juga, kita dapat membuat penilaian terhadap bidang fokus pelajar-pelajar tuan/puan penyelia, selain teliti juga berapa banyakkah tuan/puan penyelia bertindak sebagai penulis pertama dalam senarai penerbitan.

Nota: Ini adalah unwritten rules dan etika dalam penerbitan. Lazimnya, individu yang mempunyai sumbangan terbesar seharusnya menduduki nama pertama dalam senarai penulis dan menjadi satu jenayah akademik juga jika kita mengADAkan (bagi yang tidak menyumbang) dan menTIADAkan (bagi yang menyumbang).

Kesimpulan

Proses memilih tuan/puan penyelia adalah ujian awal terhadap kemahiran kita dalam proses melakukan PhD. Sekiranya kita memandang mudah dan merasakan perkara ini kurang relevan, dibimbangi proses PhD yang bakal dilalui perlu ditempuhi dengan segengam tabah. Moga-moga secebis pandangan peribadi ini dapat membantu metodologi dan proses penilaian yang lebih berkesan. Apa yang pasti, dalam semua tindakan - usah dilupai melakukan Solat Istikharah (paling utama) dan pintalah kepada Yang Maha Agung agar kita ditunjukkan jalan-jalan yang lurus. Indahnya antara bait-bait doa yang boleh kita titipkan:

Ya Allah, jika tindakanku memilih tuan/puan penyelia akan membawa kebaikan kepada urusan agamaku dan kehidupanku, maka kau tunjukkan jalan.

Jika tindakanku memilih tuan/puan penyelia akan membawa mudarat kepada urusan agamaku dan kehidupanku, maka kau tunjukkan juga jalannya.

Dengan sifatmu Yang Maha Mengetahui, bantulah hambaMu yang amat kerdil ini.

Friday 14 November 2008

Aktiviti Sosial

Azrin (IC), Yusran (Durham) dan wakil Brunel dalam Majlis Sambutan Aidil Fitri 1429 anjuran MSD

Membawa "para pelancong" ke lokasi biasa menjalankan tugas sebagai pemandu pelancong

" Tak pernah dibuat orang" bak kata "Dynamic Student" - Berkelah di ambang autumn

Royal Albert Hall - Apa yg menarik sangat?

Eksperimentasi: Nasi Lemak Versi London

Learning Curve

New tools for thesis documentation: LaTex
Xilinx Virtex-4 LX40 FPGA for RC240 High Performance Agility Board

FPGA Editor


After all, device summary in ISE 9.1

Sunday 26 October 2008

Misteri Seorang Penyelia...Satu Pandangan Peribadi

Saya terpanggil menulis topik ini atas beberapa alasan yang sangat tidak disangka-sangka akhir-akhir ini. Antara justifikasi kuat ialah rutin sebagai pelajar PhD yang sedang, telah, dan akan saya harungi dan juga nasihat seorang pelajar saya pinta apabila penyelia projek tahun akhirnya 'melarangnya' membuat pembentangan akhir (dalam erti kata lain memberikan gred GAGAL sebelum pembentangan dan laporan akhir dilangsaikan oleh pelajar ini).
Pastinya secara asas, penyeliaan di peringkat PhD dan sarjana muda adalah sangat berbeza. Seorang calon PhD perlu mempunyai personaliti yang istimewa dengan sifat-sifat ingin berjaya yang tinggi, bersedia bekerja melangkaui jangkaan penyelia dan pastinya faham bahawa "PhD is my show".

Saya menyelak kembali 'kitab' tulisan Prof. Kamil berkenaan tajuk "Misteri Seorang Penyelia" di halaman 45 - 65. Secara jelas, Prof. Kamil juga menegaskan bahawa untuk pengajian PhD, peranan penyelia adalah tersangat minimum. Persoalannya, memadaikah kita berkerja keras tanpa mendapat bimbingan yang tepat?
Saya pernah berkerja di bawah seliaan Dr. Hj. Jiwa Abdullah (projek tahun akhir sarjana muda) dan Prof. Dr. Ibrahim Ahmad (disertasi sarjana) dan kini saya bekerja di bawah seliaan Dr. Jonathan Loo dan Prof. John Cosmas. Saya juga telah menyelia pelajar-pelajar berikut di peringkat sarjana muda mereka:
Selain itu, saya juga turut sama menyelia kumpulan-kumpulan kecil pelajar untuk POPBL untuk tahun 1, 2, 3 dan 4. Kupasan saya berkenaan tajuk ini ini adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pandangan kemanusiaan saya yang penuh dengan kelemahan dari perspektif seorang bekas penyelia (supervisor) dan yang individu yang diselia (supervisee).
Namun dua syarat asas ini adalah asas yang sangat jelas dan bagi saya tidak boleh dipertikaikan bagi seorang pelajar tanpa keraguan:
  1. Seorang pelajar (yang diselia) seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kajian/penyelidikan/projek yang dijalankan. Istilah bertanggungjawab sepenuhnya bagi saya mempunyai nilai-nilai berikut: pelajar wajar berusaha gigih dan sedaya upaya, tidak mudah memberikan alasan-alasan untuk bersikap sambil lewa.
  2. Seorang pelajar perlu berusaha keras, kreatif, sedia dikritik dan tidak mudah berputus asa terhadap apa yang dikemukakan oleh penyelia dan pandangan individu lain. Kreatif merujuk kepada sifat bijak mendapatkan penyelesaian atau mencari jalan keluar terhadap satu-satu masalah berlaku. Misalnya, kajian tersebut memerlukan pelajar menggunakan perisian A tetapi penyelia tidak mahir menggunakannya, maka pelajar mesti mencari jalan keluar untuk belajar dari mana-mana sumber lain dan memastikan dirinya mahir dalam perisian tersebut bagi membolehkan kajian berjalan dengan jayanya. Sedia dikritik dan tidak mudah berputus asa pula merujuk kepada keterbukaan terhadap pandangan dan komen yang diberikan serta tidak mudah menyerah kalah - pastinya pandangan mereka yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman itu bagi memastikan kajian berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Namun, huraian berikut adalah berasaskan pengalaman saya sendiri sebagai seorang penyelia:

  1. Bimbingan: Aspek ini bagi saya sangat kritikal. Sejujurnya, mungkin ada yang kurang bersetuju, namun secara peribadinya saya melihat bimbingan dari seorang penyelia adalah sangat diperlukan walaupun sememangnya pelajar semestinya mempunyai sikap "independent" yang tinggi. "Membimbing dan menyelia" adalah tidak sama dengan "memanjakan" pelajar. Bezanya begini, dalam kajian penentuan skop kajian adalah sangat penting juga penggunaan alat bantu (perisian, perkakasan) serta kaedah kajian (methodology). Ya, pelajar perlu menentukan perisian dan perkakasan serta "methodology" yang ingin digunakan berdasarkan kajian perpustakaaan yang dibuat. Namun, siapakah yang berperanan membuat pengesahan atau "verification" terhadap semua aspek ini? Jawapannya adalah PENYELIA. Justeru, ini jelas membezakan antara "memanjakan - memberikan atau menyuap pelajar" dan "memberikan bimbingan". Justeru, adalah KESALAHAN BESAR bagi seorang penyelia jika kita tidak berupaya memberikan pengesahan dan memberikan bimbingan kepada pelajar.
  2. Kepakaran: Pastinya, walaupun kita seorang pensyarah semua perkara adalah di bawah penguasaan kita. Sekiranya kajian yang dijalankan oleh pelajar kita itu memerlukan penglibatan dan bantuan individu lain yang lebih pakar dan mahir, maka adalah "KEMESTIAN" bagi kita sebagai seorang penyelia untuk "MELANTIK SECARA RASMI" penyelia lain untuk memberikan bantuan dan kepakaran yang profesional kepada pelajar seliaan kita. Mengapa saya katakan, "MELANTIK SECARA RASMI"? kerana ini melibatkan persoalan profesionalisme, dan individu yang kita lantik juga mempunyai beban profesionalisme yang perlu dipikul. Maka, adalah adil kepakaran individu tersebut juga diangkat secara profesional. Saya sendiri misalnya pernah melantik secara rasmi Pn. Fairuzniza dan Pn. Rozaimah (dari MIMOS untuk projek-projek bagi Fahrul, Mee Lian, Kelvin, Nasarudin dan Noralim). Hairol Jabbar pastinya bukan nama yang asing dan sukar diungkapkan jasanya kepada pelajar-pelajar saya (Azlan dan Hafis) hingga berjaya menjadikan projek tersebut sangat memberikan kesan kepada saya sendiri secara peribadinya.
  3. Menghargai hasil kerja pelajar: Ya, penyelia berhak untuk jadi cerewet dan mahukan hasil yang terbaik ke arah kualiti kerja yang tinggi. Tetapi, wajarkah andai cerewet tanpa asas? Tentu sekali tidak! Cerewet dan mengkritik biarlah dengan memberikan cadangan. Janganlah dengan tiket kita sebagai pensyarah maka kita semudahnya mengkritik hasil kerja pelajar dan seringkali didengar "hasil kerja kamu nie, macam budak form 3 aje". Tetapi, apa pula cadangan penyelia?

Akhirnya, beberapa persoalan berikut saya lontarkan terutamanya untuk diri saya sendiri untuk saya nilai dan perhalusi:

  1. Wajarkah seorang penyelia melarang pelajarnya membuat pembentangan akhir? Bukankah peranan penyelia adalah memberikan bimbingan supaya pelajar berada pada jalan yang betul (on the right track) seawal kajian dijalankan? Kenapa pelajar tidak ditegur andai pelajar dilihat silap dalam menentukan arah kajian? Kenapakah pelajar tidak "dihambat" andai pelajar sudah mula hilang fokus?
  2. Wajarkah seorang penyelia semudah A, B dan C memberikan cadangan-cadangan untuk skop yang baru dalam kajian dan seolah-olah kajian ini bersifat gelung tertutup (close loop) yang berterusan tanpa hasil (outcome) sedangkan pelajar mempunyai kekangan masa misalnya 2 semester untuk projek tahun akhir dan 3 tahun untuk PhD?
  3. Wajarkah seorang penyelia seringkali memberikan alasan sibuk dan tidak menyemak hasil kerja berkala pelajar? Bagaimana mungkin bimbingan boleh diberikan sebaiknya jika penyelia tidak menyemak hasil kerja pelajar dari awal? Atau mungkinkah penyelia sendiri kurang berminat dengan kajian yang pelajar jalankan?

Akhirnya, persoalan-persolan dan apa yang diutarakan hanyalah satu perkongsian dan pandangan peribadi dari saya yang penuh dengan kelemahan. Saya adalah seorang "pelajar" seumur hidup.

English Class (Week 2)

Summary of Social Conversation Class
Lessson: Talking About Study Problems

  1. Why? What's up? = What's the problem?
  2. ... I'm just not keeping up. = ... I'm just not progressing
  3. ... I was too laid-back; thinking it'd be a piece of cake. = .. to relaxed/lazy / an easy task
  4. ... not up to par ... = not of an acceptable level
  5. ... drop out. = to quit
  6. It seems I'm not cut out for this course. = I'm not suited for this course
  7. You can't throw in the towel now. = You can't stop trying now
  8. No. I don't stand a chance of getting into another course now ... = No. I've little or no chance ...
  9. ... to see this course through ... = to continue with this course
  10. ... going to knuckle down ... = work hard
  11. ... ask for some pointers ... = some advice
  12. If I really get stuck into it... = concentrate
  13. That's more like it! = That's better idea

Summary of Vocabulary Class
Lessson: The Nature of Vocabulary (Synonym)

  1. evolve = develop, change, grow
  2. global = international, overall, worldwide
  3. environment = setting, surrounding, situation
  4. evidence = facts, proof, belief
  5. symbolize = be an emblem of, stand for, represent
  6. transform = change, make over, alter
  7. furthermore = in addition, also, moreover
  8. eventually = finally, sooner or later, in the end
  9. decline = do down, weaken, fall
  10. capacity = ability, power, competence

Summary of Academic Research Writing Class
Lessson: Punctuation (Part 1)

Semi-Colon (;) have two main uses in academic writing.

  1. To separate closely-related sentences - to separate two sentecnes which could be wirtten as independent sentences but very closely related in meaning.
  2. Complicated list - to separate item in lists, especially if the items are long and complicated and already contain commas

Colon (:) are used to add extra information after a clause.

  1. A colon can introduce a list
  2. A colon can be used before an explanation
  3. A colon is used before quotation

Sunday 19 October 2008

Research Updates

(1) Altera DE3
Justification for Altera DE3 board:

Logic elements: FPGA with Stratix III (EP3SL340) available with 338,000 logic elements
DE3 has a DDR2 SO-DIMM Socket. The maximum capacity and work frequency supported is 4G Byte and 266 Mhz respectively.

Examples:

30 fps for 20 second CIF format it will requires up to 174 MB.

30 fps for 20 second HDTV 1080p format it will requires up to 3.47 GB.

Requirements of various test video sequence data.
Issues on how to video in, process and store back, we may consider these options:

Using the SD card and it can be accessed as optional external memory, or

Using the daughter card Terasic Multimedia Panel Daughter Board (MTDB). This board can offer a composite video input and 15-pin high density D-sub connector for video output.

IP cores by Altera: For any DE3 board purchasing it does not include any IP cores.

Prices: It is possible to get a better offer for DE3. Unlike DE2 or DE2-70, Altera does not have a fixed academic price of DE3. Altera University Program would like to support academic users to purchase DE3 by offering a discount. This special discount will be given based on our usage or needs of DE3 system.

Things to do: Complete the DE3 Application Form and send it to Terasic and they will send it to Altera. By evaluating our project requirements Altera will offer a special discount to support our purchase of DE3. Meanwhile, Altera will subsidize Terasic the balance of the list price.

Compatibility with DSP modules: An extra daughter card may be required, depends on the DSP solution chosen and we need to check it in terms of data conversion.

(2) Research plan chart

Latest research milestones:



(3) Encoder coding (C++)

The main ideas of encmain.cpp are all about the encoding process which is mainly for setting the default parameter and user defined parameters. The main function int main (int argc, char* argv[]) were called the following subfunctions: WritePicData, WriteDiagnosticsHeader, WriteDiagnosticsData, ReadPicData, Skip, GetFrameBufferSize, ChromaToString, PrefilterToString, and parse_command_line.

However, before we can explore the details of motion estimation process, there are also other source files to be considered such as comp_compress.cpp, frame_compress.cpp, quality_monitor.cpp, quan_choose.cpp and seq_compress.cpp (under libdirac_encoder folder).

(4) Transferrable skills class for this term:

Graduate School: Communicating Via E-mail• Working With Your Supervisor• The Good Viva Guide: Video Screening & Discussion• Thinking Ahead….• Writing for Journals• Overcoming PhD Problems
Language Centre: • Social Conversation (every Monday)• Vocabulary (every Tuesday)• Writing for Research (every Wednesday)• Grammar for Academic Writing (every Friday)

English Class (Week 1)

Summary of Social Conversation Class:
Lessson: A telephone enquiry
  1. Hold the line please = Wait a moment please
  2. I'll put you through = I'll connect you to ...
  3. But I can put you down for the next course if you like = write your details
  4. I'm sorry, that course is already under way for this term = in progress
  5. I'll just check for you but as a rule of thumb the cut off date for joining ... = general rule / dateline
  6. There's the off chance that someone may pull out = small chance / withdraw
  7. ...there's a lot of red tape involved and it's still up in the air so I wouldn't count on it = official rules / still undecided
  8. Places usually get snapped up as soon ... = get accepted quickly
  9. I'm sure you don't want to miss the boat again = lose the opporunity
  10. I didn't catch that = I didn't hear/understand that
Summary of Writing for Research Class:
Task: Choose a verb that reduces the informality of the sentence.
  1. ... are mainly brought on by overeating, a lack of exercise, and ciggarate smoking. (caused)
  2. Scientist are looking into innovative ways to combat AIDS. (investigating)
  3. The purpose of this paper is to try to figure out what is lacking ... (determine)
  4. Researches have recently come up with hybrid vehicles ... (developed)
  5. Rice and aquatic products make up a major part of the diet ... (constitute)
  6. The use of touch-screen voting systems could get rid of many problems ... (eliminate)
  7. Worldwide consumption of pesticides has gone up to 2.6 million metric tones. (reached)
  8. Although labor unions in the US have been able to keep up their membership numbers ... (maintain)
  9. The number of mature female turtles that return to their primary nesting beach has gone down from 1,280 ten years ago to 145 today. (decreased)
  10. The US Defense Threat Agency looks over nearly 15,000 export licence ... (reviewed)
Summary of Grammar for Academic Writing Class:
Lesson: Word Class
  1. Articles = a, an, the
  2. Conjunction = however, whereas, but ...
  3. Noun = man, park, girl friend, tree ...
  4. Verb = write, read, run, walk ...
  5. Adjectives = big, small, large, old ...
  6. Adverb = badly, dramatically, quickly ...
  7. Prepositions = in, on, at ..
  8. Interjection = "Oh!, Wow..."
  9. Punctuation = Commas, full stop ...

Thanks Kak Radiah and big clap for Dr. Radiah!

Dear all,

“The real voyage of discovery consists not only in seeking new lands, but in seeing with new eyes” - Marcel Proust.

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. First of all, I praise Allah for making this journey possible, keeping me high when the tide is low.

PhD is a long process, full of its twists and turns. But as Allah said, “So, verily, with every difficulty, there is ease! Verily, with every difficulty, there is ease!” (94:5, 6). Indeed it is true. In that difficult period, I felt my life was blessed with so many great memories. Things I had no time to do whilst I was working, I was able to do during the PhD period. Everyone has his or her own challenges in life and I do not want to belittle your own challenges. I am sure we are trained to be strong. We have gone through a lot of adjustments in our lives. I remember how my son had to stay alone at home long hours and we left him with the internet and television as a substitute of our absence (both of us were doing PhD). May Allah understands and guide us to do what is best.

I meant these words when I wrote at the beginning of my thesis:

“I want to express my deepest gratitude to my husband, Mohd Radzi and my lovely children, Rozie, Liyana and Amir for being there for me. I have been too busy to be a perfect wife or a perfect mother but their supports and understanding made all the imperfections seem negligible”.

To Amir, I am deeply sorry for the long lost hours and I hope in the future, I would be able to compensate for that.

One respect in which that I feel I am so lucky, is to have friends all around me in Swansea . The University Mosque community, especially, is very supportive and I am truly grateful to Allah that through these friends, I find comfort and love. We share so many little things but when you look back, these little things are the invaluable memories that we cherish all through our lives.

I know if I do not broadcast this, it will spread anyway. So I want to break the tradition by announcing this myself:

Yesterday, 1st October, 2008 (supposed to be Eid day), at 9.15am I started my viva and Alhamdulillah, I am happy here to announce that I have been successful, except for minor corrections. However, this is not the main issue here, but I want to share some pointers so that, perhaps, those of you who are still striving will find them helpful.

Specifically for viva:
1. It is good to tell your good friends when you are having a viva. Ask them to make dua for you so that Allah will help ease the process. A lot of sincere dua from good friends might help ease the process. I told all my friends at the mosque that I was having viva and asked them to make dua for me.

2. Be relaxed. Many of these examiners are very kind at heart. They have read your thesis. Their job is to determine whether or not you did it yourself and you know it well. So just be involved in the conversation and use the time to talk so that they won’t have time to ask more questions.

3. I have a bottle of zam zam water with me in the viva room. This zam zam water was given by an Egyptian friend. It helps me to relax and to think clearly, Alhamdulillah. When I drank the water, I asked Allah to help strengthen my memory so that I could recall what I had done and gone through. Also ask for ease of speech. While examiners are talking, you can drink and make dua in your heart. Also, you might not have time to have breakfast before going for viva at 9.00 am. Zam zam water is known to satisfy hunger.

4. Make solatul hajat prior to the viva and ask those who are close to you to do it too. Duas from our mothers are the best. May Allah bless them and reward them enormously. (So remember to call your mother in Malaysia soon as you finish the viva. She has the right to know it first hand before anyone else).

5. Keep a good opinion of Allah that He will grant you success. Be positive with it as soon as you enter the room. It is ok if you are not too prepared with the literature review because your nervousness might block your mental process.

6. My family in Malaysia recited Surah Yaseen while I was in the viva room. I don’t know if this is sunnah but any ayat from the Quran is beneficial. I heard that reading Yaseen in the morning helps ease the day so I read Yaseen before I went for my viva.

7. Preparation for the viva should start from when you first embark on your PhD. You need English as a tool to communicate your answers well. It is important that while doing PhD, try to speak and write as much English as possible. Try making as many international friends as possible and engage yourself in conversation although you feel it is mentally tiring. This is a good exercise to engage in conversation with your examiners during the viva. It is not good to give “Yes” or “No” answers only.

8. During the viva, if the examiner points out a major mistake that you think is not a mistake, defend yourself. Some examiners (the brutal ones) like to challenge your work as well as your thoughts. So be ready to answer them and DO NOT say SORRY. (My supervisor pointed this out before the viva because he said there is a tendency for Malaysian students to agree with the examiners without trying to defend themselves).

9. This might not be too related to viva, but it is good to use Latex for thesis writing. It helps to do correction faster and easier than using Words. All figures and tables even references will be sorted out automatically. If you have any question on Latex, I might be able to help. I am not an expert, but I do get help from my lab mates. I found using Latex on macbook was especially useful.

These are some of the main points of my own experience. Other people went through different experiences. Either way, the most important is that you get your PhD.

I know you all might be wondering why I am writing all these. But all through this process, I waited for someone to give me some hints of what they have gone through. Although we might be very confident in our work, anything can happen within those 4 walls. Isn’t it nice to be extra prepared? And all the supplications and recitations are to relate all your effort back to Allah. We make an effort but indeed, He is the One who decides.

My PhD is almost over now. The voyage is coming to an end. I am glad I have been able to embark on this journey and I have learnt so much. I have found MYSELF in this process – able to know more of my weakness and my strengths. I also hope that we will all be supporting each other in our effort to seek knowledge and self improvement. And the most important thing is to have a correct intention for the PhD. If your deeds are for Allah, you will be given a great reward.

Truly, like I said, it has been a great experience. Just be patient while you are in the process. Only those who are patient shall receive their reward in full without reckoning(39:10). Enjoy the moments when you are benefiting from this painful processes. Perhaps with patience and open mindedness, we would all be able to not to only seek new lands but also to see with new eyes.

Best wishes to all. May Allah help us to be successful and humble at the same time.

Jazakallahukhair.

Radhiah

Thursday 9 October 2008

Aku Insan Yang Lemah...



Apabila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Apabila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Apabila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...

NOKTAH.


Wednesday 1 October 2008

Tuesday 23 September 2008

Rejected! Slow Progress! Less than 5% Knowledge!


"This paper has been rejected"
"9 month but very slow progress!"
"It appear that your knowledge is not even up to 5%!"


Tidak banyak yang dapat diulas, melainkan saat seperti ini benar-benar menguji ketabahan diri ini.
Noktah!

Tuesday 9 September 2008

"Tumpang Semangat Orang Lain"

Kini sudah lebih seminggu menjalani satu "sekolah pengalaman" di bumi asing ini. Menjalani ibadah puasa sendirian di rantau orang, sememangnya antara perkara yang perlu dihadapi sebaiknya dan setabah mungkin. Apa yang pasti, peluang ini sewajarnya menjadi ruang dan batu loncatan untuk senantiasa meletakkan diri di atas neraca keperibadian, melalukan bedah siasat kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya menginsafi bahawa diri kita ini yang kononnya seringkali merasa hebat, bagus, pandai, baik - hakikatnya kita tiadalah sesiapa pun.
Berpuasa di sini menguji pelbagai perkara. Ramai yang bertanya, "Camne puasa di UK". Syukur, Allah mudahkan - ada juga di sini Ifftar bersama-sama dan solat terawikh. Walaupun juadah berbuka yang disediakan bukanlah nasi ambeng, mee rebus, ayam percik itu bukanlah ukurannya. Kami berkumpul pelbagai sempadan geografi dan warna kulit kadang-kadang membuatkan betapa mewahnya kita di Malaysia.
Apatah lagi, kini sekali lagi berpindah ke teratak baru. Moga-moga dapat menyuntik semangat baru dan juga sentiasa menjadikan diri kerdil ini ingat bahawa tanpa perkataaan dapat digambarkan semua nikmat dan kemudahan yang Allah makbulkan. Persoalannya, bagaimana dengan kepatuhan diri ini sebagai hamba yang tak jemu meminta-minta?
Tetarik dengan intipati perbualan maya dengan orang sahabat, "tumpang semangat orang lain" sangat mengesankan. Ada tikanya diri kita kurang bermaya, lesu, muram dan kadang-kadang juga "nafsu kemalasan" bagai menggila dan ini sangat merisaukan. Moga-moga dengan kita melihat orang di sekeliling kita yang sentiasa tabah walau dilanda badai dan ribut dugaan, rajin berusaha walau sepahit hempedu kesukaran untuk memahami bahan pengajian, mereka tetap mencari jalan keluar. Moga diri kerdil ini tidak mudah berasa selesa dan tidak pula mudah putus asa atas "kesukaran" walhal bukan sesukar mana, hanyalah masalah penyakit MIM dan M yang menggila. Sangat memalukan! Satu peringatan buat insan kerdil AFANDI BIN AHMAD.
Beberapa gambar-gambar lama bagi mengimbau "tumpang semangat orang lain"


Bersama penggiat KKE satu masa dulu

Bersama rakan-rakan di AAU
Anugerah Khidmat Cemerlang 2004 dan Anugerah Khas Cuti Belajar
Akhirnya, UTHM ada sebuah "Cleanroom" yang diusahakan dari sifar

Sunday 31 August 2008

Ramadhan 1429


wahai Tuhan jauh
sudah lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
wahai Tuhan aku lemah
hina berlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang Maha Pengampun Dosaya
Rabbi ijinkanlah aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu
ampunkanlah aku terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang Maha Pengampun Dosa
berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali kembali...kembali dan meski tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak aku
Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini titik tolak menjadikan diri ini benar-benar HAMBA kepadaMu.

Thursday 28 August 2008

Pelangi...

Semalam, Allah sudah tentukan memberikan sedikit masa melalui ruang maya (Yahoo Messenger) ini untuk bersembang dengan dua insan yang dikagumi dan dihormati.
Sahabat 1 : Berpeluang kami berdiskusi soal politik tanah air, apatah lagi kini beliau sudah bergelar 'PTDEngineer'. Pencapaiannya sangat mengkagumkan dan kematangannya berhujah semakin jelas. Pengalamannya bergelar pengerusi sebuah kelab juga diyakini banyak membantunya membentuk kredibiliti hari ini. Antara rumusannya untuk dijadikan pengajaran ialah, sewajarnya diri ini dengan kapasiti yang ada (akademia) untuk membantu dalam menjayakan pembangunan Agama, Bangsa dan Negara. Mudahnya, jadikan blog ini satu wadah untuk memberikan manfaat sebaiknya.
Sahabat 2: Kami pernah kenal hanya seketika ketika di tanah air, tapi tidak berpeluang untuk berkenal rapat. Tetapi, kuasa Allah menentukan kami dapat berbual mesra dan saling memberikan sokongan walaupun bersembang secara maya. Dengan sekelumit pandangan yang ada, aku berikan sedikit bahan dan bantuan dan moga-moga ini dapat membantunya. Apa yang lebih mengesankan diri ini ialah ketabahan, kekuatan dan kematangannya dalam menghadapi ujian yang berat tika ini. Emm...bagaimanakah aku rasa diri ini susah, sedih sedangkan ada insan lain yang lebih hebat diuji? Terlalu kerdil diri ini. Apapun, doa tetap dipohon agar diri sahabat senantiasa tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah.
Ingatlah, indahnya pelangi yang selalunya hadir selepas kita merungut kerana sedang enak kita menikmati cahaya mentari di siang hari...kerana kita ternyata terlalu kerdil dalam menilai dan membina persepsi...masih adakah ruang untuk kita merasa diri kita hebat? Peringatan untuk insan bernama AFANDI AHMAD.
Pelangi yang indah...datang selepas hujan...

Monday 25 August 2008

Tahniah!


Kali ini, UTHM sekali lagi menjalankan acara tradisi yang bole dianggap antara acara terpenting dalam kalendar sesebuah insitusi pendidikan dan buat kali ini juga penulis tidak dapat turut serta. Jika konvokesyen ke -6 mengukir kenangan apabila pelajar seliaan PSM (Hafis) berjaya mendapat Anugerah PSM Terbaik dan sesi graduasi pelajar Ak03 yang pernah menjadi anak didik dalam BKE 2273 - Pastinya menyaksikan mereka naik ke pentas menerima segulung ijazah, nyata diri ini yang senyum dan hati membuak rasa gembira tanpa sempadan. Inilah antara kepuasan bergelar 'cikgu'.

Shaffiq (AKA Tomet) antara dalam senarai pelajar terbaik yang pernah kuajar (BEE2233). Kesungguhannya menyiapkan tugasanku sangat mengkagumkan. Bersama ibunya, sangat memberikan motivasi.

Sebilangan yang lain! Mereka selayaknya tersenyum lebar!

Untuk konvokesyen 2008, walaupun dari kejauhan ini kegembiraan juga atas kejayaan pelajar-pelajar AE04 (Kelas BEE 2233), CE05 (BEE2233) dan sebilangan pelajar Ak01/Ak02 yang graduasi untuk program Sarjana Pendidikan. Apa yang pasti, saat graduasi ini kegembiraan dikongsi bersama ibu dan ayah, keluarga serta teman-teman. Apapun, selalulah kita sama-sama mengingatkan diri agar setiap bibit kejayaan yang kita rangkul terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa kita bayar sebelum ini. Justeru, adalah sangat tidak wajar untuk kita merasakan diri kita hebat sehingga mengabaikan pengorbanan insan-insan di sekeliling kita.

"Terima kasih ibu dan ayah, terima kasih keluarga, terima kasih pensyarah-pensyarah, terima kasih staf-staf dan terima kasih UTHM"... itulah antara ungkapan yang sering diselitkan dalam ucapan balas graduan.
Moga dengan lebih berjaya, sarjana muda dan sarjana akan menzahirkan rasa rendah diri kita. Semakin banyak yang kita cari, seharusnya semakin kita rendah diri dan benar-benar menggambarkan diri kita seorang Sarjana Muda, Sarjana dan pastinya Doktor Falsafah.

Sunday 24 August 2008

Apabila Kita Diuji

Hampir dua minggu blog ini tidak dikemas kini. Dalam tempoh itu juga, banyak masa dihabiskan di bilik sahaja dan "melayan" suhu badan yang tak menentu, tekak yang "berduri" dan macam-macam lagi karenah sistem biologi badan ini. Berjumpa dengan GP dua kali - dan masih dikatakan ini adalah masalah virus dan biarlah sistem imunisasi badan yang akan melawannya, ada tikanya membuatkan diri ini kurang sabar. Apatah lagi, apabila tiba malam hari dan mata sukar dilelapkan, dada terasa dihimpit-himpit dan batuk berterusan tanpa noktahnya. Benarnya, apabila kita diuji dengan kesakitan, kita baru menyedari akan enaknya erti NIKMAT KESIHATAN.

Sepanjang tempoh itu juga, kerja-kerja akademik agak kelam kabut - hanya yang mana mampu dilakukan cuba juga dilakukan sebaiknya dan dikumpul juga kekuatan untuk merungkai kekusutan bertemu dengan individu yang lebih pakar untuk mendapatkan nasihat, dan moralnya: "BERTANYALAH, DAN BERUSAHALAH SERTA JANGAN KENAL ERTI PUTUS ASA".

Dalam tempoh ini juga, banyak sekali pengajaran tentang erti KASIH KELUARGA, erti SAHABAT, erti KEMASYARAKATAN yang dipelajari. Apa yang mampu dilakukan dari jarak beribu kilometer dari keluarga hanyalah secebis doa agar semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Keluargaku...Pastinya ujian yang saban hari datang tandanya Allah sayangkan kita semua dan membuka titik pertemuan untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Mana yang silap, wajar kita perbetulkan dan janganlah merasa malu untuk berubah kepada perkara yang baik.

Menghirup udara Brunel bukan semudah dan seindah yang disangkakan. Inilah kamus kehidupan, bermacam ragam dan sifat manusia yang dihidangkan, moga-moga diri ini akan senantiasa memetik hikmah atas setiap yang berlaku dan sehalus-halusnya menilai mana yang wajar dijadikan panduan dan mana yang harus dijadikan sempadan.

Pengajian pastinya semakin mencabar - tanpa senior, tanpa rakan-rakan sealiran penyelidikan dalam bidang yang hampir serupa di sini, banyak mengajar erti "DAYA TAHAN", "BERFIKIR UNTUK TAHU - DAN BUKAN TERPAKSA TAHU" dan pastinya doa kepada yang memegang segalaNya dipanjatkan. Supaya kekuatan dan ketabahan diri ini senantiasa tumbuh mekar.

Akhir kalam, secebis ingatan untuk diri ini agar senantiasa kuat, tabah dan memetik hikmah atas segala yang berlaku. Ingatkan, apabila diturunkan hujan pada tika hari yang panas, rupanya ada selingkar pelangi yang indah menanti. Namun, kaca mata kemanusiaan kita terlalu kerdil untuk memikirkannya. Moga diri ini, AFANDI AHMAD menjadi insan yang lebih berfikir.

Saturday 2 August 2008

Terapi (Theraphy)

Sedar atau tidak, berikut adalah terapi (theraphy) yang tercetus sejak berada di sini. Tapi, dah lama rasanya tak jejak kaki mengayuh basikal ke Car Boot Sale (selalu sangat terbangun lewat...padan muka). Bagi aku - memang syok layan Car Boot...
Dan jugak - masak, setelah menjadi rutin tugas memasak ni, banyak juga la eksperimen yang berjaya, separa berjaya dan suku berjaya (tapi semuanya masuk jek - hehe sebab tak elok membazir kan)



Hehe, ini menu masakan - setelah sekian lama tak letak gambar makanan.

Sambal Udang

Menu Orang Rajin - Ikan Bakar hehe

Santapan dan Teman Setia

Terima kasih kepada dua insan berhati luhur yang sudi mengirimkan buku ini jauh dari Malaysia. Sangat mengesankan - dicadangkan agar kalian cuba mendapatkannya.
Teman setia - komputer riba. Kalau dihitung berapa jam sehari duduk menghadap komputer? Adus!!! - Tapi tengok tu, pisang (bukan epal tau Shamsul) adalah buah-buahan utama menu makanan, rasa tetap macam kat Parit Raja, tapi dulu dapat sarapan roti canai Parit Bengkok, kini sarapan pun ... :)

Ini masakan terkini - mee goreng. Emm, dah lama jugak teringin nak masak mee goreng nie, tu yang buat malam ni sebagai "reward" lepas siap penambahbaikan kertas jurnal.


Selamat Datang Ke Greece

Syukur, berpeluang menghadiri The 12th WSEAS International Conference on Circuit pada 22 - 24 Julai 2008 di Crete Island, Greece dengan tajaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Terima kasih kepada Encik Shamsul (bos saya), FKEE dan pihak Unit Cuti Belajar UTHM yang membantu menguruskan permohonan ke pihak KPTM. Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan sepanjang berada di sana.

Di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Athens


Di sekitar Crete Island


Tah, tak ingat nama kubu ni apa...

Sesi pembentangan - syukur dicalonkan untuk Best Presentation/Best Paper Award - tapi keputusan belum diperolehi sehingga mesyuarat WSEAS.

Wednesday 30 July 2008

Syukur kepadaNya dan Terlalu Kerdil Diri Ini

Semakin jauh kaki ini melangkah, benarlah terasa semakin kerdil diri ini. Moga Allah senantiasa menghadirkan rasa keinsafan dalam diri ini tanpa batasan. Maaf, buat kalian yang sudi meluangkan masa membaca blog yang tidak seberapa ini.
Mutakhir ini, agak kalut dengan kesibukan pengajian dan pembentangan kertas kerja di Crete Island (Insya Allah akan dikongsi kelak pengalaman tersebut) dan hari ini (30 Julai 2008 - Rabu) telah berlaku satu acara yang semakin membuatkan diri ini terasa lemah dan risau memikirkan hari-hari mendatang.
Hari ini, Progression Panel untuk Transfer Viva Tahun Pertama berjalan jam 10 pagi tadi (UK Time). Sememangnya, sejak mendapat emel dari penyelia (sejurus balik dari Greece) hati ini tak keruan. Masakan tidak, ianya sangat penting dan menentukan adakah diri ini layak maju ke Tahun 2 sebagai calon PhD atau "downgrade" kepada pelajar MPhil sahaja.
Masuk sahaja ke bilik viva, dua soalan pertama dari pemeriksa "I guess you are second year student?" dan "Your report is too long". Hati ini makin berdebar. Apabila diizinkan memulakan pembentangan (4 daripada 35 slaid - seperti di bawah) sememangnya rasa "nervous" kali ini sangat menggila.




Selesai pembentangan, terus dimulakan dengan soalan asas; "What will be the platform for your design" - boleh dijawab dengan baik (penilaian: soalan bertujuan untuk memastikan adakah saya telah membuat analisa berkaitan FPGA) dan terus kepada satu soalan yang tidak terduga "What will you demonstrate to the panel during your real PhD viva?" - aduh! terlalu awal rasanya untuk terduga soalan ini (penilaian: soalan yang sangat baik kerana sememangnya kita sudah rancang dan boleh bayangkan apa yang bakal kita tunjukkan "intellectual contribution and challenges" kepada pemeriksa kelak" - dijawab dengan tidak berapa kemas (apa ni AFANDI! baiki kelemahan ini)).
Itu adalah antara beberapa persoalan yang penting untuk direkodkan, selebihnya lebih kepada soalan-soalan asas dan beberapa "pujian" yang tidak perlu diambil kisah (untuk mengelakkan diri ini mudah rasa berpuas hati dan selesa).
Apa yang pasti, berikut adalah sewajarnya tindakan drastik untuk memperbaiki diri:
1. Baiki kemahiran berkomunikasi dan pastikan pembentangan berjalan dengan fasih - umpamanya diri ini adalah penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama - dan ini penting dalam mempertahankan hasil kajian kelak
2. Kemaskan kemahiran pembentangan - tahu untuk memilih slaid mana yang ingin diberikan penekanan supaya pemeriksa jelas akan "contribution" yang dibuat
3. Jangan terlalu takut - hingga menyebabkan pemeriksan jelas nampak wajah takut (itu yang dibisikkan oleh penyelia sejurus keluar dari bilik viva)
4. Teruskan pembacaan dan penulisan - perbaiki LR yang telah dibuat dan pastikan terus menulis supaya kemahiran penulisan semakin baik dan kelak memudahkan dalam proses penulisan tesis
Apapun, kini walaupun telah berjaya ke Tahun 2 PhD bukan bermakna diri ini telah berjaya! Jangan duduk leka kerana perjalanan masih jauh dan memerlukan banyak lagi pengorbanan.
Terima kasih kepada semua terutama mak dan bak yang sanggup mendoakan, solat hajat, puasa demi anak mu ini. Tidak lupa kepada keluarga dan tunang yang banyak memberikan sokongan serta pastinya yang lain dan tidak perlu dititipkan namanya di ruangan ini - kerana diri ini percaya kalianlah (guru, sahabat-sahabat, anak murid dan semuanya) yang senantiasa ada di sisi ketika diri ini memerlukan sokongan.
Satu peringatan untuk insan bernama AFANDI AHMAD - semakin langkah ini ke depan, semakin kerdil diri ini. Hak semuanya adalah MILIKNYA. Maka, merendah diri lah bahawa diri kita adalah TERLALU LEMAH !