Di universiti yang mengamalkan sistem semester, tempoh pengajian sebenarnya sangat singkat dan padat. Para pelajar bukan sahaja perlu memastikan mutu akademiknya yang dicerap berkualiti tinggi, pada masa yang sama aspek pembangunan diri juga tidak boleh diketepikan.
Kini, musim para pelajar menyemak keputusan peperiksaan. Ada yang menjerit gembira kerana berjaya menyenaraikan diri dalam senarai dekan dan ke atas, ada yang rasa biasa-biasa sahaja, ada yang menangis kesedihan kerana keputusan yang menjunam jatuh terduduk!
Soalnya, berapa ramai antara pelajar yang mengambil pengajaran dengan apa yang terjadi? Ini bersifat klise! kerana ramai yang "berpura-pura menyesal". Apabila buka semester baharu kelak masih lagi dengan perangai lama:
- Hadir lewat ke kuliah
- Ponteng kuliah
- Tiada nota dan tidak buat tutorial
- Tidur (mengantuk dalam kelas)
- Buat tugasan dan laporan pada saat akhir
- Tiru dan ubah muka depan sahaja laporan
- Berpaksikan "toyol" dalam ujian
- Habiskan masa tidur lewat dengan media sosial
- Habiskan masa dengan permainan komputer
- Sewa kereta bersama rakan dan berfoya-foya
- Habiskan duit biasiswa untuk rokok, wayang, belanja awek, boling dll
- Main futsal berlebihan tanpa kira masa
- Aktif keterlaluan dalam persatuan pelajar
- Tidak pernah ziarah perpustakaan
- Tiada buku rujukan dalam kursus yang diambil
- Tidak meminjam buku di khutub khannah
- Tiada adab dengan pensyarah
- Tidak pernah tahu siapa nama penuh pensyarah, di mana bilik pensyarah
- Tidak menjaga hubungan dengan pencipta
- Terlalu ikutkan kawan, semuanya nak buat kena ada kawan
Ini hanyalah 20 senarai yang sempat dicatatkan secara pantas. Entah, kita sememangnya lebih mudah menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri.
Tiada orang yang pandai atau bodoh, tetapi yang ada hanyalah orang yang rajin atau MALAS!
Tiada orang yang pandai atau bodoh, tetapi yang ada hanyalah orang yang rajin atau MALAS!