My Calendar

Wednesday, 14 May 2008

3 out of 65

14 Mei 2008 pastinya akan sentiasa dijadikan renungan. Kurang lebih dalam jam 12 mlm mendapat Messenger dari penyelia akan cadangan yang lebih bernas ke mana seharusnya artikel jurnal dihantar. Dengan format yang berbeza dan slaid pembentangan yang belum diberi sentuhan terakhir, aku cuba tangani dengan baik. Syukur, semuanya Allah mudahkan. Kurang lebih jam 5 .30 pagi baru berpeluang balik menghempaskan diri di atas tilam (tapi dah terang benderang pun - summer biasalah kan) dan ambik masa tidur sampai jam 10 pagi. Bangun dan bergegas ke BITLab dan buat sentuhan terakhir slaid. Pembentangan jam 1 petang.




3 out of 65 my slides presentation. The rest is P&C (hehe)


Alhamdulillah, Allah berikan kelancaran dan kemudahan untuk menyampaikan dan memberikan kefahaman dan minat kepada penyelia akan hasil kerja selama lima bulan. Walaupun pada asasnya aku belum berpuas hati secara peribadi, tetapi benarlah penghargaan seorang penyelia terhadap hasil kerja kita benar-benar signifikan dan menggembirakan. Syukur pada Mu Allah. Terima kasih atas doa keluarga, tunang dan semuanya yang tak jemu memberi dorongan.


Peringatan buat insan bernama AFANDI AHMAD
"Dont Stop At The Top"

Bulan Mei


Kali ini, tanpa aku di sana, aku tetap doakan semoga Bak (3 Mei), Angah (10 Mei), Amy (27 Mei), Mak (29 Mei), Along (27 Julai), Chik (23 Sept) , Abang Azam (14 Feb) dan Abang Long (22 Jun) serta anak sedara semua (sorry tak ingat).

Insya Allah, panjang umur kita akan bertemu lagi.

Monday, 12 May 2008

Common Errors in English Usage

Agak lama tak menulis di laman blog ini. Tuntutan beberapa kerja yang mendesak fokus membuatkan laman ini terpaksa "dipinggirkan" buat seketika cuma. Perkongsian kali ini lebih kepada isu penulisan bahan menggunakan Bahasa Inggeris. Tidak dapat dinafikan, sebagai penutur Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis dengan lancar, mempunyai kosa kata yang berwarna warni dan tidak menjemukan. Lazimnya kita (aku la tu) menulis menggunakan kosa kata yang berulang-ulang (repititive) dan lebih malang lagi ada ketikanya (selalu) kosa kata tersebut "sangat salah" dan agak melucukan kalau diperhalusi maksud dan struktur ayatnya.

Kini, bekerja dalam suasana English (English Environment) benar-benar memaksa dan membuka landskap penguasaan yang lebih luas. Bayangkan, dengan pengalaman menulis tesis di peringkat sarjana muda dan juga sarjana dalam Bahasa Melayu dan kini beralih kepada semuanya kepada Bahasa Inggeris adalah satu pengalaman yang menarik (Insya Allah) untuk dikongsi.

Berikut adalah bahan yang boleh dimanfaatkan berkaitan "Commonly Miused Words and Phrases" yang seringkali kita abaikan penggunaanya. Antaranya ialah:

Accept, Except:

Accept is a verb meaning to receive. Except is usually a preposition meaning excluding. I will accept all the packages except that one. Except is also a verb meaning to exclude. Please except that item from the list.

Affect, Effect:

Affect is usually a verb meaning to influence. Effect is usually a noun meaning result. The drug did not affect the disease, and it had several adverse side effects. Effect can also be a verb meaning to bring about. Only the president can effect such a dramatic change.

Untuk bacaan lanjut, sila layari laman berikut: http://wsuonline.weber.edu/wrh/words.htm

Selain itu, laman web berikut ini (http://www.wsu.edu:8080/~brians/errors/errors.html) merupakan buku versi elektronik kepada hasil kerja Paul Brians dan sangat-sangat berguna untuk kita.



Apapun, pesanan kepada AFANDI AHMAD - walaupun kita bukan penutur English As a First Language, dibesarkan dalam suasana yang "tak suka tengok cerita orang putih", tulis tesis dalam BM dan semuanya, bukan alasan untuk menyebabkan kita hanya menjadi pemerhati dan penonton kepada kejayaan orang lain.