No great work is ever done in a hurry. To develop a great scientific discovery, to print a great picture, to write an immortal poem, to become a minister, or a famous general—to do anything great requires time, patience, and perseverance. These things are done by degrees, “little by little.” (W. J. Wilmont Buxton)
My Calendar
Tuesday, 23 September 2008
Tuesday, 9 September 2008
"Tumpang Semangat Orang Lain"
Kini sudah lebih seminggu menjalani satu "sekolah pengalaman" di bumi asing ini. Menjalani ibadah puasa sendirian di rantau orang, sememangnya antara perkara yang perlu dihadapi sebaiknya dan setabah mungkin. Apa yang pasti, peluang ini sewajarnya menjadi ruang dan batu loncatan untuk senantiasa meletakkan diri di atas neraca keperibadian, melalukan bedah siasat kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya menginsafi bahawa diri kita ini yang kononnya seringkali merasa hebat, bagus, pandai, baik - hakikatnya kita tiadalah sesiapa pun.
Berpuasa di sini menguji pelbagai perkara. Ramai yang bertanya, "Camne puasa di UK". Syukur, Allah mudahkan - ada juga di sini Ifftar bersama-sama dan solat terawikh. Walaupun juadah berbuka yang disediakan bukanlah nasi ambeng, mee rebus, ayam percik itu bukanlah ukurannya. Kami berkumpul pelbagai sempadan geografi dan warna kulit kadang-kadang membuatkan betapa mewahnya kita di Malaysia.
Apatah lagi, kini sekali lagi berpindah ke teratak baru. Moga-moga dapat menyuntik semangat baru dan juga sentiasa menjadikan diri kerdil ini ingat bahawa tanpa perkataaan dapat digambarkan semua nikmat dan kemudahan yang Allah makbulkan. Persoalannya, bagaimana dengan kepatuhan diri ini sebagai hamba yang tak jemu meminta-minta?
Tetarik dengan intipati perbualan maya dengan orang sahabat, "tumpang semangat orang lain" sangat mengesankan. Ada tikanya diri kita kurang bermaya, lesu, muram dan kadang-kadang juga "nafsu kemalasan" bagai menggila dan ini sangat merisaukan. Moga-moga dengan kita melihat orang di sekeliling kita yang sentiasa tabah walau dilanda badai dan ribut dugaan, rajin berusaha walau sepahit hempedu kesukaran untuk memahami bahan pengajian, mereka tetap mencari jalan keluar. Moga diri kerdil ini tidak mudah berasa selesa dan tidak pula mudah putus asa atas "kesukaran" walhal bukan sesukar mana, hanyalah masalah penyakit MIM dan M yang menggila. Sangat memalukan! Satu peringatan buat insan kerdil AFANDI BIN AHMAD.
Beberapa gambar-gambar lama bagi mengimbau "tumpang semangat orang lain"
Bersama rakan-rakan di AAU
Anugerah Khidmat Cemerlang 2004 dan Anugerah Khas Cuti Belajar
Akhirnya, UTHM ada sebuah "Cleanroom" yang diusahakan dari sifar
Subscribe to:
Posts (Atom)