My Calendar

Saturday, 24 January 2009

ERTI HIDUP PADA MEMBERI (Hamba kepada PenciptaNya)

Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:
Allah SWT turun ke langit dunia ketika sepertiga malam masih tersisa. Allah SWT menyeru,
Adakah antara hambaku yang berdoa kepadaku,
supaya aku mengkabulkan permintaannya?
Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku,
supaya aku mengampuninya?
Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku,
supaya aku memenuhinya.
24 Januari 2009 (Sabtu) - moga-moga masih ada sisa untuk diperbetulkan mana yang khilaf, agar benarlah langkah dan kelangsungan ERTI HIDUPKU PADA MEMBERI. Ya! Memberi hak seorang hamba kepada penciptaNya. Peringatan untuk insan kerdil bernama AFANDI AHMAD.

Tuesday, 20 January 2009

Integrated Circuit (IC) Design Research Ranking





Persoalan:

Bagaimana boleh saya menempatkan diri dan institusi saya dalam senarai ini?

Peringatan kepada insan bernama AFANDI AHMAD

Pesan Hari Ini...

Semakin berkerja keras kita, semakin beruntung kita. Apalagi jika niat kita lurus, tidak ada kerja keras kita yang sia-sia. Allah Maha Mengetahui, sehingga pasti akan tahu apa yang terbaik bagi kita, termasuk kita harus lebih banyak berusaha. (dr2ahfanz)
Peringatan kepada insan bernama AFANDI AHMAD

Monday, 19 January 2009

Concatenator: Percantuman?

'Concatenation' atau diterjemahkan kepada Bahasa Melayu membawa terjemahan terhampir kepada 'cantuman' atau 'penyantuman'. Apabila dua pengoperasian A dan B dicantumkan, semudah operasi A & B, dan juga tanpa masalah huruf sensitif (case sensitive), maka dua digit perduaan dapat dicantumkan. Masing-masing dengan A dan B adalah 8 bit, dan 'tout' pula adalah membawa 16 bit.
Persoalannya:

Semudah itukah mencantum semua persoalan hidup kita? Mudah, jika kita faham dan menterjemah mental dan fizikal akan, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

Peringatan kepada insan bernama AFANDI AHMAD

Friday, 16 January 2009

Telinga dan mulut

Kita miliki dua telinga dan satu mulut. Maka, lebihkan mendengar dan kurangkan bercakap.
Peringatan untuk insan bernama: Afandi Ahmad

Tuesday, 13 January 2009

Aku Terima Nikahnya (14 Disember 2008 - 14 January 2009)


Ingin dikongsi bersama, moga-moga diri ini cukup kuat untuk menzahirkan "tujuan berumah tangga" seperti yang tertera pada muka 5, Aku Terima Nikahnya.


ERTI HIDUP PADA MEMBERI! Ya, saya sudah berumah tangga. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan.


Seandainya saya MENERIMA apa-apa kebaikan daripada isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekalipun kebaikan itu.


Peringatan untuk insan bernama AFANDI AHMAD.

Friday, 9 January 2009

Terima Kasih ABM

Secebis pesan daripada ABM, apabila ada tikanya kita merasakan diri 'jauh':
(1) Ingatlah kepada Allah yang pastinya sedang 'melatih' dan 'mendidik' kita
(2) Ingatlah kepada orang yang kita sayangi dan harapan mereka kepada kita
(2) Ingatlah kepada kejayaan-kejayaan kita pada masa terdahulu
Ingatan kepada insan bernama Afandi Bin Ahmad

Tuesday, 6 January 2009

Something to ponder...

“No matter how hard you may work for success, if your thought is saturated with the fear of failure, it will kill your efforts, neutralize your endeavors, and make success impossible.” -- Baudouin
6th January 2009...1st meeting on 2009...motivation...
2 - 4 conference papers...2 - 3 journal papers...
highly motivated person...hardworking students...eh hemmm...
24 months to go...
Haar Wavelet Transform....Discrete Wavelet Transform...
VHDL...FPGA...Core Gen...ISE...Xilinx...
Virtex-4...Virtex-5...Virtex-E...Spartan3...
FPL...FPT...FCCM...ISCAS...ICASS...ICSIP...DA...Systolic...1D...3D...
pipeling...parallelism...power modelling...
Note: Just be yourself...if this is too academic for the others...lets make it beneficial for you...http://fpga-dsp-scratch.blogspot.com/

Friday, 2 January 2009

Alhamdulillah - 14 Disember 2008 dan 20 Disember 2008

Beberapa keping gambar untuk tatapan semua sepanjang majlis pada 14 Disember 2008 di Felda Air Hitam dan pada 20 Disember 2008 di Felda Semenchu. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Pencipta kerana mengizinkan majlis berjalan dengan lancar.
Terima kasih buat ahli keluarga, saudara mara, jiran-jiran, sahabat handai, pelajar-pelajar dan semua pihak yang membantu dalam majlis ini. Jasa kalian semua hanya Allah yang mampu membalasnya. Kepada yang tidak menerima kad jemputan, ampun maaf dipinta kerana kelemahan diri ini dalam menguruskan jemputan dan juga kepada yang hadir pastinya ada ketidaksempurnaan dalam majlis, maaf kami pinta.
Doakan kami dalam menjalani dunia baru ini dengan penuh rasa taat kepada Yang Maha Mengetahui.
Majlis Akad Nikah (14 Disember 2008)

Majlis di Felda Air Hitam (14 Disember 2008)

Majlis di Felda Semenchu (20 Disember 2008)