My Calendar

Friday, 2 January 2009

Alhamdulillah - 14 Disember 2008 dan 20 Disember 2008

Beberapa keping gambar untuk tatapan semua sepanjang majlis pada 14 Disember 2008 di Felda Air Hitam dan pada 20 Disember 2008 di Felda Semenchu. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Pencipta kerana mengizinkan majlis berjalan dengan lancar.
Terima kasih buat ahli keluarga, saudara mara, jiran-jiran, sahabat handai, pelajar-pelajar dan semua pihak yang membantu dalam majlis ini. Jasa kalian semua hanya Allah yang mampu membalasnya. Kepada yang tidak menerima kad jemputan, ampun maaf dipinta kerana kelemahan diri ini dalam menguruskan jemputan dan juga kepada yang hadir pastinya ada ketidaksempurnaan dalam majlis, maaf kami pinta.
Doakan kami dalam menjalani dunia baru ini dengan penuh rasa taat kepada Yang Maha Mengetahui.
Majlis Akad Nikah (14 Disember 2008)

Majlis di Felda Air Hitam (14 Disember 2008)

Majlis di Felda Semenchu (20 Disember 2008)

12 comments:

Anonymous said...

Congratulation...

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

(wah, berapalah agaknya kos perkahwinan ni erk?...nak juga tau, kot2 lah jadi kahwin tahun ni..hehe)

mamat said...

caya la. amacam jadi raja sehari?

hehe...teringat masa zaman baru kahwin aritu. kitorang jadi pengantin 4 bulan lamanya. sejak bulan 8 sampai la bulan 12. huahaha...

bln 8 nikah, bulan 10 majlis tempat perempuan, bulan 12 majlis tempat laki lak. huahaha...
memanjang terbang ulang-alik sabah semenanjung.

apa pun kami doakan semoga bahagia ke anak cucu.

dari Rahmat & Zakiah dan Taufiq (Rahmat Jr.)

peace.....

Nazali Noor said...

Wahhh..

Inilah dia rupanya adik ipar aku ya...Thaniah bro..

Jangan lupa honeymoon ke Liverpool ya..

zul said...

tahniah sgt2...
sorry ah sbb tak dapat nak hadir..
hari kenduri tu, i kerje...

apa2 pon semoga berbahagia hendaknyer...

doakan agar majlis aku plak berjalan lancar ek...

nurul aziyana said...

very big congratulation..smoga bhgia bukn shja sampai ank cucu cicit tp biar sampai ke akhir hayat..n dpt ank2 yg bertqwa n cerdik

seefueq said...
This comment has been removed by the author.
xeea said...

selamat melayari bahtera alam rumahtangga yg penoh onak dan duri. chewahh!

tahniah and welcome to the club! =)

lily8188 said...

TAHNIAH FENDI...maaf tak dapat meraikan majlis tersebut..agar kalian bahagia

Encik Ayie Yang Garang said...

Salam Tuan.

Sama cantik sama sepadan. sama bijak sama pandai. insya allah semoga lekas timang anak. mana tahu angin Uxbridge menghasilkan anak yang cemerlang, terbilang dan gemilang! gigih berusaha yer.
eh nanti weekend kita berjumpa kalau free yer.
Tahniah dari saya!

Eridzhuan Zhaieno said...

Tahniah Fendi. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia dan selamat membentuk keluarga sakinak, mawaddah wa rahmah.

OS-kop AKA Razuba said...

tahniah cikgu..
semoga pjg umur n murah rezeki..
dikurniakan kebahagiaan yg berpanjangan hingga ke akhir hayat..
InsyaALLAH..

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

selamat berbahagia bro