My Calendar

Saturday, 7 March 2009

Latex dan Word


Latex dan Word! Satu proses pembelajaran yang sangat bermakna kini, menghasilkan dokumen menggunakan Latex. Nyata, kemahiran pengaturcaraan sangat penting dan hadir di segenap ruang kajian ini. Tidak cukup dengan VHDL yang masih tercungap-cungap, NLREG yang jauh merangkak-rangkak, tidak kurang peri pentingnya kini ialah Latex yang sangat diperlukan untuk penulisan kertas kerja dan tesis (Insya Allah).
Nyata berbeza dan agak menjengkelkan pada mulanya untuk beralih dari keadaan yang kita sangat selesa (Word) kepada Latex. Tetapi, apa yang pasti, berikan diri ini sedikit lagi masa untuk dijadikannya sebagai sebahagian dari pakaian untuk diri ini.
Rumusan:
  1. Asas pengaturcaraan adalah sangat penting. Sila bezakan antara "programming issue" dan "medium issue". Mudah untuk dikuasai apa sahaja bahasa-bahasa baru, andai "programming skill" kita memang kukuh.
  2. Sedia untuk berubah itu sangat penting, untuk menuntut seberapa banyak ilmu untuk dicurahkan kepada orang lain kelak.
  3. Hingga ke hari ini, andai ada yang ingin mencuba Latex, adalah sangat digalakkan.

4 comments:

azlan ahmad said...

nice..
that explain why my previous lecturer ask for LATEX software..

erm.. just spot by mistaken.. you had spell 'as' twice on picture Latex2.jpg - The Haar function..

Anonymous said...

masih belum ketahuan apa itu latex..hehe

Eridzhuan Zhaieno said...

Dah biasa dengan word, tu yang nampak Latex cam susah. Perjalanan hidup selalu perlukan perubahan. Bro Afendy, cari Latex cheat sheet here http://www.stdout.org/~winston/latex/
Harap-harap dapat membantu. Saya dulu belajar dari 2 keping kertas tersebut,itu pun kerana keperluan conference yang mensyaratkan penggunaan Latex. Lepas nie belajar Beamer lak, presentation lebih cantik dr ppoint.....selamat nyer.

azlissani said...

i'm not using latex.. still word but a lot of function we can explore in words too... hari tu merangkak juga gunakan Table of Content and endnotes...