Dalam hidup ini, peluang tidak akan datang berkali-kali. Bagi yang masih mempunyai dua insan tersayang (ibu dan ayah) seharusnya setiap detik dan saat digunakan untuk membantu memudahkan mereka. Jika mereka jatuh sakit dan berada dalam kesusahan, pastikan kita sentiasa ada dalam setiap ketika. Peluang kita memandikan mereka, menyapu bedak di muka mereka, menyisir rapi rambut mereka adalah satu peluang yang maha besar bagi kita untuk mencuci dosa-dosa kita kepada mereka. Penat dan letih seharusnya tidak hadir dalam kamus harian kita. Jika ketika kita yang satu ketika dulu terlalu mentah dan penuh dengan karenah mampu mereka jaga dengan rapi hingga kini, apakah sumbangan kita buat mereka? Malah, andai sekalipun harta seluas saujana mata memandang itu kita mampu miliki, itu juga tidak mampu untuk membayar harga setitis air susu yang kita teguk satu ketika dulu. Begitu juga setitis peluh yang jatuh ke bumi demi membesarkan kita. Semoga peluang yang hadir tidak akan berlalu begitu saja.
3 comments:
Salam, en. afandi, en. dah balik rupenya..tahniah en. kalau berkesempatan nanti saya nak jumpa en. rindu rasanya untuk bertemu dengan en. cuma masanya belum tahu lagi, kalau en. datang Mukah, Sarawak jgn lupa email saya. :-x student-hisyamsani, web blog: http://robot-geek.blogspot.com
benar..bersama-samalkah berusaha menjadi insan yang mengenal budi..
Assalamualaikum
Biasalah tu Dr. Afandi. Benda yang ada usually kita take for granted sahaja. Bila dah tiada baru menyesal. I've always reminded myself and my wife to be grateful of what we already have.. because we wouldn't know when we will stop breathing, lost our health, lost our wealth or lost someone we loved. [Zeid]
Post a Comment