Memandu kenderaan, tidak kira dalam mod pengangkutan apa sekalipun berupaya menonjolkan karektor sebenar seseorang. Jika dulu saya merasakan berulang alik Merlimau-Parit Raja itu agak jauh kini seolah-olah berulang alik ke kampung sebelah sahaja. Semester ini agak banyak bergerak menggunakan kenderaan, misalnya berkelana ke pekan Beranang - satu lokasi yang tidak pernah saya jejaki. Ke sana sudah hampir tiga (3) kali, tetapi masih dibelenggu "sindrom kesesatan".
Pemergian kali ketiga nyata lebih parah - sesat beberapa kali dalam keadaan malam yang gelap menggila bersama hujan membasahi bumi. Cumanya, dalam kesesatan itu seolah-olah saya pernah lalui tempat tersebut. Inikah yang dinamakan Deja Vu? Apabila dibaca melalui (a) dan (b), ada juga disebut akan kaitannya dengan gangguan saraf! Oh...

No comments:
Post a Comment