My Calendar

Saturday, 19 March 2016

Lima (5) Minit Sahaja...

Saya bukanlah begitu berpengalaman dalam pengajaran. Tetapi saya selalu ingatkan diri bahawa kerja ini adalah kerja yang saya pilih. Jadi saya mesti tunaikan sehabis baik.
Saya berpandangan, lima (5) minit pertama dan terakhir dalam kuliah adalah sangat penting. Lima (5) minit pertama mesti diisi dengan bait-bait bertanya khabar, nasihat dan teguran - penting bagi membentuk nilai diri pelajar tentang etika.

Lima (5) minit terakhir pula, elok ditinggalkan dengan persoalan untuk membuat pelajar berfikir akan tanggungjawab dan pesanan agar mereka sentiasa menjaga diri, kesihatan dan menjadi pelajar yang penuh tanggungjawab.

No comments: