Tahun 2017 adalah tahun kejutan. Beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku lagi dan lagi. Banyak sekali pengalaman baharu berkaitan perubahan (dan menangani perubahan) perlu diuruskan khususnya berkaitan kerjaya. Ada orang barangkali melihat kerjaya dan kehidupan adalah dua (2) entiti berbeza, tetapi untuk diri ini barangkali sebaliknya. Kerjaya dan kehidupan itu berjalan seiringan. Selalu difikirkan bagaimana kerjaya boleh memberi manfaat dalam kehidupan dan sebaliknya.
Usai pulang pengajian PhD, 1 Mac 2011 diamanahkan memikul tugas menjadi kepala kolej. Masih segar ingatan pada masa itu, juga tidak mudah menangani perubahan dan jangkaan. Ya, tentang jangkaan juga kerana selepas PhD berkobar-kobar ingin hanya menghabiskan masa menjalankan penyelidikan FPGA, pengimejan perubatan di makmal.

No comments:
Post a Comment