My Calendar

Sunday, 2 December 2007

Teddy Mr. Bean dan Pos Laju


Terima kasih buat angah yang bagi hadiah nie...Along gak terima kasih banyak tolong uda masa persiapan barang-barang hantaran bertunang (11.11.2007). Semoga Allah merestui hubungan kamu. Insya Allah.

Ini pulak, pos laju yang hari tu mintak Nabil tolong poskan, terima kasih banyak. Nabil pos hari Jumaat, sampai hari Ahad. Alhamdulillah, selamat sampai dengan kos RM 371 bagi berat 8kg. Hehe, memang mahal sikit la...

Saturday, 1 December 2007

Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Professor in AccountingPhD, MIA, FAIA (Acad), MAcc, ADIA, DIACert. in Qualitative Research Method

PhD [sedikit petua], October 26th, 2007
(http://muhdkamil.net/mystory/index.php?paged=4)

Jarang benar saya menulis tentang PhD melalui blog ini. Ini ada sedikit petua buat mereka yang baru di peringkat awal pengajian.
Jika anda mengemukakan satu topik penyelidikan kepada mereka yang sudah berjaya maka jawapan atau komen standard yang muncul ialah - topik ini sudah ramai yang buat! Tidak cukup untuk PhD.

Maka berlalulah anda dengan perasaan kecewa. Dan cuba pula berfikir topik baru yang tidak ramai yang buat dan yang cukup melayakkan kerja-kerja untuk selama 3 tahun.
Tidak pula saya tahu yang semasa mereka yang memberi komen begitu memulakan pengajian, mereka terus berjaya mendapat topik yang benar-benar baru dan komprehensif untuk pengajian PhD.

Sebagai penyelia, jika pelajar saya berminat untuk melakukan satu topik penyelidikan yang dia yakin, selesa dan berupaya memahaminya dengan jelas, maka saya akan berkata: Ini adalah satu topik yang bagus. Walaupun ia kelihatan bersepah-sepah di dalam jurnal.
Lalu saya akan berkata lagi: Saya mahu anda membaca kesemua literature, senaraikan apa yang telah mereka lakukan dan tunjukkan kepada saya apakah yang membezakan penyelidikan kamu dengan mereka yang lain.

Kenapa? Topik yang sangat popular tetap mempunyai ruang untuk dijalankan penyelidikan baru. Cuma, penyelidik perlu bersabar mencari arah baru kajian tersebut. Pembaharuan metodologi ditambah dengan kombinasi sampel dan pembolehubah baru adalah secara jelas memberi input baru kepada ilmu yang diterokai.

Anda jangan mudah hilang semangat. Tunjukkan perbezaan penyelidikan anda. Dan ia memerlukan masa sebab anda masih di peringkat awal pengajian.

Sokongan Kalian...Hanya Allah yang dapat membalasnya...

Zulhilmi, Ezani + Kawan
Banyak sangat hadiah yang diberikan sempena pemergian aku melanjutkan pengajian ini. Ini hanya sebahagiannya...Terima Kasih buat semua

Jangan "jeles"....sedap tak aku masak? hehe ini order delivery jek... 14.95 GBP

Wan, Anas dan Azrin


Inilah "musuh2" aku...hehe Syauqat, Hasrul dan Nabil (tak lama lagi jadi orang Semenchu) dan Zul