My Calendar

Saturday, 1 December 2007

Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Professor in AccountingPhD, MIA, FAIA (Acad), MAcc, ADIA, DIACert. in Qualitative Research Method

PhD [sedikit petua], October 26th, 2007
(http://muhdkamil.net/mystory/index.php?paged=4)

Jarang benar saya menulis tentang PhD melalui blog ini. Ini ada sedikit petua buat mereka yang baru di peringkat awal pengajian.
Jika anda mengemukakan satu topik penyelidikan kepada mereka yang sudah berjaya maka jawapan atau komen standard yang muncul ialah - topik ini sudah ramai yang buat! Tidak cukup untuk PhD.

Maka berlalulah anda dengan perasaan kecewa. Dan cuba pula berfikir topik baru yang tidak ramai yang buat dan yang cukup melayakkan kerja-kerja untuk selama 3 tahun.
Tidak pula saya tahu yang semasa mereka yang memberi komen begitu memulakan pengajian, mereka terus berjaya mendapat topik yang benar-benar baru dan komprehensif untuk pengajian PhD.

Sebagai penyelia, jika pelajar saya berminat untuk melakukan satu topik penyelidikan yang dia yakin, selesa dan berupaya memahaminya dengan jelas, maka saya akan berkata: Ini adalah satu topik yang bagus. Walaupun ia kelihatan bersepah-sepah di dalam jurnal.
Lalu saya akan berkata lagi: Saya mahu anda membaca kesemua literature, senaraikan apa yang telah mereka lakukan dan tunjukkan kepada saya apakah yang membezakan penyelidikan kamu dengan mereka yang lain.

Kenapa? Topik yang sangat popular tetap mempunyai ruang untuk dijalankan penyelidikan baru. Cuma, penyelidik perlu bersabar mencari arah baru kajian tersebut. Pembaharuan metodologi ditambah dengan kombinasi sampel dan pembolehubah baru adalah secara jelas memberi input baru kepada ilmu yang diterokai.

Anda jangan mudah hilang semangat. Tunjukkan perbezaan penyelidikan anda. Dan ia memerlukan masa sebab anda masih di peringkat awal pengajian.

2 comments:

M. H. Jabbar said...

bagus la..keep on update tentang phd..aku leh blaja dr ko..

aku doakan kejayaan ko...amin...

afandiahmad said...

Thanks my dear brother, hairol