My Calendar

Monday, 17 December 2007

Waktu Solat, Ifftar...

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam bulan Zulhijjah ini. Tadi juga berbuka puasa bersama-sama jemaah di surau. Satu perkara positif yang jelas di sini ialah kesediaan memberikan sedekah. Bayangkanlah, selama 9 hari dalam bulan Zulhijjah ini dihidangkan pelbagai hidangan untuk jemaah yang berpuasa. Ini pengajaran yang patut dibawa balik ke tanah air. Suasana ini hanya kelihatan di Malaysia dalam bulan Ramadhan sahaja.
Dalam menikmati juadah berbuka (Ayam Goreng, Kentang Goreng dan Pizza) kami berbual-bual berkenaan masalah prayer room dan solat Jumaat. Presiden dan Naib Presiden Brunel Islamic Society meminta kami agar menghantar rungutan kepada Presiden Pelajar Brunel untuk diambil tindakan (masalah Prayer Room - heater dah mati...air panas di tempat mengambil duduk juga telah "mati). Inilah hakikat yang perlu dihadapi dan cabaran menunaikan ibadah di sini.




Ini pula jadual waktu solat fardu di sini. Lihatlah, perkembangan ilmu membantu memudahkan kita dalam menunaikan ibadah.
Akhir kalam, kepada semua;
"Selamat Menunaikan Ibadah Dengan Berkualiti"

2 comments:

Unknown said...

berguna juga software nikan en..:)

afandiahmad said...

ye..sangat berguna