Alhamdulillah, ini Jumaat kedua aku di Brunel University. Syukur pada Allah atas nikmat kesihatan, kesejahteraan dan yang paling penting ialah nikmat ISLAM yang ada. Suasana di sini juga agak mudah untuk mendapatkan makanan halal dan juga mudah untuk menunaikan ibadah. Agak kalut jugak mula-mula sebab kini waktu malam jauh lebih panjang dari siang.
Subuh 5.55 pg, Zohor 11.50 pg, Asar 1.40 ptg, Maghrib 3.50 ptg dan Isyak 5.55 ptg. Semuanya perlu diatur sebaiknya. Misalnya, ada juga seminar pada jam 4.00 - 6.00 petang. Jadi, kenalah solat Maghrib dulu.
Hari nie, misalnya (Jumaat - 7 Disember 2007), ada kelas "Dissertation Proposal" jam 11.00 - 1.00 petang. Agak bergegas juga, sebab pensyarah yang mengajar agak lewat habis, nak ambik wuduk dan pergi tempat solat jumaat di Lecture Centre.
Uniknya di sini, solat jumaat kami sendiri yang uruskan, sebab lokasinya tidak tetap, bergantung kepada ruang yang ada. Minggu lalu di Boiler Room tapi minggu nie di Lecture Centre. Kami kena uruskan kemas bilik/dewan, bentang sejadah, PA sistem dan semuanya. Banyak sungguh yang dipelajari. Khutbah disampaikan dalam Bahasa Inggeris, jadi boleh difahami.
Syukur aku kepadaMu Ya Rabbi...
No comments:
Post a Comment