My Calendar

Monday, 31 December 2007

Menu Istimewa Aidil Adha 1428

19 Disember 2007 lalu, kami merayakan Aidil Adha 1428. Buat pertamanya beraya jauh dari keluarga. Aku puas jugak la telefon keluarga...ok jugak ada Lebara nie...so murah la sikit call Malaysia...
Suasana sambutan kat sini tak dirasa sangat. Ada gak kawan ajak gie Malaysia Hall di London, tapi tah la...rasa mcm malas jek...takpe la...so pagi tu pergi ke Brunel untuk solat sunat aidil adha jam 8.30 pg. Lagipun raya ni jatuh hari Rabu (working days) jadi...suasana macam biasa je.
Tapi hari tu, aku dan mahadi (staf UTM) telah men"cuti"kan diri. Disebabkan takde sesiapa yg buat majlis sambutan kat rumah mereka (hari kerja kan), maka aku ajak la mahadi datang ke "restoran" aku untuk menikmati "Nasi Ayam Ala-ala"....
Inilah hasilnya...Selamat Menjamu Mata!

Ada ayam goreng madu, salad, sup sayur...hehe boleh la...aku akan buat lebih banyak eksperimen....

No comments: