My Calendar

Sunday, 24 January 2010

Masa Jatuh

Tak berapa pasti bagaimana patut ditulis untuk akhir-akhir ini. Rumusannya:

  1. MGDC 2010 - ada satu pembentangan yang sangat-sangat meninggalkan kesan. Rasa takut dan kerisauan yang sangat tinggi dengan apa yang telah dibuat sepanjang pengajian PhD. Rasa kosong!
  2. Ph. D. - semakin terasa seksanya untuk 'recall' apa-apa yang berkaitan sepanjang tahun 1, 2 dan 3.
  3. Mahir - Ada beberapa soalan oleh sahabat-sahabat yang diajukan tetapi tidak mampu untuk dijawab dengan bagus. Aduh!
  4. Insomnia - perlu diselesaikan segera!
Suka atau tidak, perjalanan ini mesti diteruskan...


Tuesday, 12 January 2010

Rejected? Just forget it or...

Artikel yang dihantar ditolak merupakan asam garam dalam pengajian Ph. D. Memang satu yang menyakitkan dan kadangkala memakan beberapa hari juga untuk dipulihkan dorongan dan semangat. Tetapi, ini juga satu proses pembelajaran yang penuh kemanisan kerana kita belajar menulis dan memahami keseluruhan apa yang kita tulis dari 0 kepada 1, tambahan lagi menggunakan bukan bahasa ibunda kita.

Justeru, kalau sekalipun ditolak, kenapa kita perlu kecewa atau terus melupakan hasrat untuk menerbitkan hasil kerja kita? Kejayaan pertama yang kita capai ialah, kita telah mencuba sebaiknya dan mendapat pengalaman proses semakan artikel dibuat. Ini juga bertepatan dengan apa yang dinasihatkan dalam panduan berikut:



Minor revision yang diterima ini juga adalah satu peningkatan dalam diri setelah artikel yang dihantar kepada ACM Transaction tempohari ditolak. Moga-moga, usaha yang berterusan pastinya bersama doa yang tidak putus, urusan menimba ilmu dan pengalaman ini dapat berjalan dengan sebaiknya. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu!



Monday, 11 January 2010

Fanatik PBL

Saya sangat tertarik dengan artikel ini. Ini juga adalah asas mengapa saya berminat menjadi 'PBL Tegar!'. Saya berharap, akan lebih ramai individu yang memahami dan melihat kepentingannya.