Penulisan akademik sangat mementingkan "citation" dan penulisan rujukan (references) yang tepat. Penulisan artikel jurnal, laporan makmal dan sudah pastinya tesis juga memerlukan kita sangat mahir dalam aspek ini. Sebenarnya (aku la yg baru benar-benar menghargainya) terdapat banyak perisian di pasaran yang berupaya membantu kita mengurus dan menulis rujukan dengan pantas dan tepat misalnya Refworks, EndNotes dan sebagainya. (Rasanya Library UTHM takde benda nie). Berikut adalah contoh, bagaimana Refwork (Sebab Brunel pakai software nie) membantu menyediakan senarai rujukan secara automatik.
Berbanding sebelum ini, kita perlu (aku la je kot) menaip sendiri senarai rujukan dengan terhegeh-hegeh, salah nama la, salah tahun la, salah ejaan dll. Tetapi dengan Refwork ini kita boleh menyimpan "citation" kita dalam sistem pengkalan data (web based) dan apabila memerlukannya kita hanya janakan sahaja.
Selain itu, format yang berbeza-beza juga kadangkala menimbulkan masalah. Adakah kita gunakan APA, Harvard atau IEEE? Bagaimana perlu menulisnya? Refwork juga membantu kita dengan hanya kita menetapkan jenis apakah yg kita perlukan. Berikut adalah contoh perbandingan jika kita diperlukan menurut IEEE dan APA.
Semoga membawa manfaat kepada semua yang merasakan menulis rujukan adalah satu yang tidak boleh dilakukan CINCAI.
3 comments:
OOoooo....
tak penah dengar sebelum ni...
ada rupanya software ni...
tu lah...org kata jauh berjalan, luas pemandangan...
A ah la Inspektor Farah
berkenaan reference writing ni, skdr nk kongsi pengalaman, univ saya gunakan EndNotes dan saya pun br taw jugak sbb sem ni ada subjek research n methodology technique..senangkn sbb x payah nk type sendiri reference yg confirm akn slalu trsilap laa bile type...
rsnye UTHM mmg x sediakn service ni..
Post a Comment