My Calendar

Saturday, 26 January 2008

Persoalan PhD...

Berpandukan carta Gantt yang dibina, aku wujudkan kalendar yang berpadanan dengan tempoh biasiswa yang diberikan (36 bulan). Kini dah genap 2 bulan aku di sini. Ini bermakna tempoh biasiswa hanya tingga 34 bulan. Aku kena bekerja dengan berganda-ganda lebih kuat, dengan baki 2 bulan yang ada (sebab aku kena setelkan semua teori dan pemahaman algoritma) sebelum Mac 2008. Moga Allah berikan aku kesihatan dan ketenangan hati dan memudahkan pembacaan dan pemahaman. Walaupun cuaca semakin bertambah sejuk, kaki ada tikanya lenguh mengayuh basikal meredah bukit di Honeycroft Hill, aku perlu menjadikannya kisah suka dan warna-warna ceria dalam mencari keredhaan Allah.
Aku kena juga membiasakan diri dengan bermacam-macam perisian (belajar sendiri nie perlu sabar dan kuat) Visual C++, Quartus II, Cadence Virtuoso, C-Handle...ini untuk setakat nie dulu...aku yakin Linux juga kena dimahirkan dengan baik...
Ya Allah, berikan hambaMu ini ketenangan dan jadikan diri ini sentiasa bersyukur akan nikmatMu. Setiap nafas yang dihirup, rezeki yang dinikmati pastinya menjadikan diri ini malu dan tersangat aib untuk melakukan dosa terhadapmu.

3 comments:

sapphire said...

cara kau jadi inspirasi aku! time management mmg penting. keep up ur good work and keep on giving me inspiration.

doumo...hehe

Unknown said...

100% agree with wat enn's saying...

afandiahmad said...

Aku nie jenis suka bertangguh n kalut la enn n siti...risau la aku...dan la slow learner