My Calendar

Sunday, 9 March 2008

Kerinduan Merentasi Garis Sempadan (1)



Dah lama rasanya tak update blog ni. Maaf la ye kepada yang rajin menziarahi blog ni. Bukan kerana apa, selain dihimpit dengan "warna-warna kehidupan" di sini, tuntutan pengajian yang memerlukan sedikit fokus perlu diutamakan.
25 Februari 2008 (maka genap 3 bulan) bergelar calon PhD di sini. Pelbagai rencah kehidupan dilalui. Namun, apa yang pasti pergantungan sebenar hanya pada Allah.
Apa yang pasti, kerinduan aku pada kalian semua di tanah air sangat meluap-luap. Kerinduan ini sering aku biarkan berlalu dibawa merentasi sempadan geografi. Doaku, agar kalian berada dalam limpah rahmat ALLAH.
Gambar2 ni semuanya masa Aidil Fitri yang lalu. Apa yang pasti, kita tak dapat bersama dalam Aidil Fitri kali ni. Semoga aku tabah dengan hijrah yang hanya seketika ini. Insya Allah, kita akan bertemu kembali.
Salam sayang buat kalian semua...Uda

No comments: