My Calendar

Friday, 11 July 2008

Mengajarlah bukan kerana kita seorang pensyarah...

Kini, semakin ramai rakan pelajar yang satu ketika dulu bergelar anak muridku menginjak status: pelajar - pensyarah, pelajar - jurutera. Pastinya mereka semua selayaknya menzahirkan rasa gembira setelah berhempas pulas menghadapi cabaran dunia pelajar. Zuhaimi, Huda dan Aziyana kini menggalas tugas di POLISAS, Sarah di KK Cendering (antara nama yang dapat dikesan) pastinya mereka gembira dan diharapkan dapat membuktikan bahawa graduan UTHM ini sememangnya serba boleh dan penuh dengan nilai integriti. Pastinya ada yang sudah boleh merencana ke mana agihan gaji pertama kalian. Apapun, seraut pesan dititipkan agar tidak sama sekali lupa kepada ibu, ayah dan keluarga kalian semua yang banyak berdiri di belakang ketika jatuh.
Dataran ilmu ini pastinya bakal kita rindui - menyimpan seribu satu macam kenangan suka dan duka. Daripada sebuah kampus kerdil yang tidak dikenali, pastinya dibahu kitalah terletaknya tugasan untuk memperkenalkan bahawa Universiti ini mampu melahirkan insan yang berhati mulia, bekerja sebagai ibadah dan senantiasa melakukan yang terbaik dalam segenap perkara. Ingatlah, tiada ruginya kita memberikan kualiti yang terbaik kerana kita juga inginkan yang sedemikian, dan pastinya Allah suka akan hambaNya yang apabila melakukan sesuatu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Ini pula sebahagian kenangan bersama pelajar-pelajar AE04 yang ketika itu "dibebankan" dengan konsep PBL dalam subjek Elektronik Digit. Kini, mereka juga telah tamat dan bakal bergelar jurutera muda. Sekalung tahniah untuk kalian atas usaha dan akhirnya sampai ke garisan penamat untuk peringkat ini. Apapun dan siapapun kita - usah ada terbit rasa bangga dan hebat dalam diri. Kita hanya lah insan yang sebenarnya terlalu kerdil dan tidak punya apa-apa.

Kini, semester baru bermula - pastinya keputusan semester lepas bagi yang masih belajar ada turun naiknya. Kalau yang turun: lakukan bedah siasat di mana silapnya dan apa tindakan yang perlu dilakukan. Kalau yang naik: sesuatu juga perlu dilakukan, kerna "dont stop at the top".

Seorang rakan pensyarah baru ada bertanya bagaimana untuk mengajar dengan baik? Sebagai individu yang agak baru juga dalam arena ini, pesan saya kepada beliau: "Mengajarlah dengan hati, dan sentuhlah hati pelajar kita. Jangan sekali-kali merasakan kita pensyarah kita sentiasa betul dan ambik beratlah kepada mereka seperti mana kita juga inginkan. Tanyalah mereka, cukup duitkan untuk makan, ada masalah ke dll...tiada ruginya". Yang pasti: jadikannya sebagai satu ibadah dan saham kita menuju kehidupan yang kekal abadi, Insya Allah. Peringatan kepada insan bernama AFANDI AHMAD.

15 comments:

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

Bagus ... sebab kita pernah bergelar.. pelajar... dan kita tahu betapa.. susahnya menjadi pelajar...

nurul aziyana said...

thanks en fandi ats coretan nasihat yg sy rasa amt bermakna..n tidak pernah jemu utk mendidik sekalipun kami bukan lg bergelar pelajar (tp masih belajar)

Nazali Noor said...

Fandi,

Setuju 120%

Anonymous said...

Doakanlah kami agar jadi pendidik yang tulus dalam menyebarkan ilmu ...

Me.. said...

Lihatlah dunia kini.. ramai manusia yg memandang kpd pangkat, darjat dan kedudukan.. ada juga yg memandang kpd status pendidikan seseorg.. adakah dgn mempunyai PhD.. org tersebut jauh lebih baik dari org yg hnya mempunyai SPM atau yg hnya bekerja sbg buruh?? Adakah org yg mempunyai PhD tu betul2 org yg berilmu? Belum tentu sama skali.. Wahai pendidik2 semua.. para doctorate.. jadilah manusia yg berkeperibadian tinggi.. barulah dpt melahirkan manusia yg juga berkeperibadian tinggi.. semoga segala urusan kita di muka bumi Allah ini diberkati Allah..

Unknown said...

thanks en fandi. sy amat menghargainya...
doakan kami moga kami dpt melaksanakan tanggungjwab dgn baik dan bersungguh2...
terima kasih bebyk..

afandiahmad said...

Kepada semuanya - selamat maju jaya

Kepada juz77me - Ya, anda memang benar, janganlah kita merasakan kelayakan PhD ini membuatkan kita rasa kita hebat. Biarlah kita senantiasa ingat bahawa sesungguhnya kita adalah TERLALU KERDIL. Pangkat dan kedudukan usah membuatkan kita merasakan diri ini hebat. Many thanks.

Centre for Graduate Studies UTHM said...

dear afandi,

i was referred to your site by a friend.

Would appreciate if you can spread the information about Pusat Pengajian Siswazah UTHM di http://graduatecentre.blogspot.com

Terima kasih.

chinta said...

dah lama jenguk ur blog...my fren bg link u nih...

mgajar dr hati...

zul said...

Dalam kubur nanti, tak ditanya apa pangkat kiter, berapa gaji kiter...

tapi adakah segala pekerjaan yg kiter lakukan, dilaksanakan dengan ikhlas dan semata-mata keranaNYA..

berpesan utk diri sendri jugak..

scoreA said...

Salam,en...terima ksh byk2..jasa mu akan sentiasa dikenang..insyaAllah..hehe..doakan kami anak2 murid en..k wasalam

Laranya Cinta Itu... said...

Pendi....wahh dahsyat2 kat sana pon dapat award..result aku dah nak kuar..tp aku takKKott....gOod Luck erk

Kak zureen

lily8188 said...

Salam..Hai Fendi, tak sangka jumpa dlm blong ni. Tahniah di atas segala kejayaanmu..

Qider said...

salam en. fendi,
"Mengajarlah bukan kerana kita seorang pensyarah..."

tak ramai yang berfikiran begitu. ape pun,terima kasih kerana mengajar saya dan rakan2 subjek Teori Litar dahulu.kerja saya sekarang,banyak main dengan cct..argghh..

moga maju jaya

p(^_^)q
gambaru!

afandiahmad said...

Untuk semuanya, terima kasih atas komen kalian