
No great work is ever done in a hurry. To develop a great scientific discovery, to print a great picture, to write an immortal poem, to become a minister, or a famous general—to do anything great requires time, patience, and perseverance. These things are done by degrees, “little by little.” (W. J. Wilmont Buxton)
My Calendar
Sunday, 31 August 2008
Ramadhan 1429

Thursday, 28 August 2008
Pelangi...
Monday, 25 August 2008
Tahniah!
Kali ini, UTHM sekali lagi menjalankan acara tradisi yang bole dianggap antara acara terpenting dalam kalendar sesebuah insitusi pendidikan dan buat kali ini juga penulis tidak dapat turut serta. Jika konvokesyen ke -6 mengukir kenangan apabila pelajar seliaan PSM (Hafis) berjaya mendapat Anugerah PSM Terbaik dan sesi graduasi pelajar Ak03 yang pernah menjadi anak didik dalam BKE 2273 - Pastinya menyaksikan mereka naik ke pentas menerima segulung ijazah, nyata diri ini yang senyum dan hati membuak rasa gembira tanpa sempadan. Inilah antara kepuasan bergelar 'cikgu'.
Shaffiq (AKA Tomet) antara dalam senarai pelajar terbaik yang pernah kuajar (BEE2233). Kesungguhannya menyiapkan tugasanku sangat mengkagumkan. Bersama ibunya, sangat memberikan motivasi.
Sebilangan yang lain! Mereka selayaknya tersenyum lebar!
Untuk konvokesyen 2008, walaupun dari kejauhan ini kegembiraan juga atas kejayaan pelajar-pelajar AE04 (Kelas BEE 2233), CE05 (BEE2233) dan sebilangan pelajar Ak01/Ak02 yang graduasi untuk program Sarjana Pendidikan. Apa yang pasti, saat graduasi ini kegembiraan dikongsi bersama ibu dan ayah, keluarga serta teman-teman. Apapun, selalulah kita sama-sama mengingatkan diri agar setiap bibit kejayaan yang kita rangkul terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa kita bayar sebelum ini. Justeru, adalah sangat tidak wajar untuk kita merasakan diri kita hebat sehingga mengabaikan pengorbanan insan-insan di sekeliling kita.
Sunday, 24 August 2008
Apabila Kita Diuji
Hampir dua minggu blog ini tidak dikemas kini. Dalam tempoh itu juga, banyak masa dihabiskan di bilik sahaja dan "melayan" suhu badan yang tak menentu, tekak yang "berduri" dan macam-macam lagi karenah sistem biologi badan ini. Berjumpa dengan GP dua kali - dan masih dikatakan ini adalah masalah virus dan biarlah sistem imunisasi badan yang akan melawannya, ada tikanya membuatkan diri ini kurang sabar. Apatah lagi, apabila tiba malam hari dan mata sukar dilelapkan, dada terasa dihimpit-himpit dan batuk berterusan tanpa noktahnya. Benarnya, apabila kita diuji dengan kesakitan, kita baru menyedari akan enaknya erti NIKMAT KESIHATAN.Saturday, 2 August 2008
Terapi (Theraphy)
Hehe, ini menu masakan - setelah sekian lama tak letak gambar makanan.
Santapan dan Teman Setia
Ini masakan terkini - mee goreng. Emm, dah lama jugak teringin nak masak mee goreng nie, tu yang buat malam ni sebagai "reward" lepas siap penambahbaikan kertas jurnal.
Selamat Datang Ke Greece
Sesi pembentangan - syukur dicalonkan untuk Best Presentation/Best Paper Award - tapi keputusan belum diperolehi sehingga mesyuarat WSEAS.
