My Calendar

Tuesday 3 March 2009

Campuran

Penulisan yang kurang pasti apa intipati kandungannya. Hanya secebis coretan berkaitan apa yang berlaku akhir-akhir ini.
Pengkisahan hikayat PhD: tugasan dan tuntuan pengajian yang memerlukan pembacaan, pemahaman, penterjemahan dan penulisan yang perlu dilakukan serentak, benar-benar menguji fizikal dan mental ini agar terus sabar, sabar dan sabar. Tidak cukup dengan itu, pengkisahan watak-watak lain dalam dunia PhD juga memberikan pelbagai warna yang bercampur aduk, ada yang merah, biru, coklat dan akhirnya memberikan sejuta warna yang memerlukan pengertian. Masa kian berjalan, usaha perlu dicongak dan pastinya doa juga perlu dikemuncakkan pada setiap bibit saat. Kisah insan-insan hebat yang senantiasa sedia MEMBERI juga benar-benar meruntun tangkai hati untuk menghakimi erti MEMBERI dan MENERIMA. Terima kasih semuanya.
Pengkisahan seorang hamba: Pastinya diri yang kerdil ini tidak bernilai sedikitpun. Apa yang didambakan adalah kehidupan dalam kasih sayangMu.
Moga-moga catatan ini adalah penjelmaan yang dapat membawa erti hijrah dalam diri ini.

5 comments:

Amirez said...

insyaAllah encik fandi. semoga usaha encik membuahkan hasil, bak kata thomas edison; "kepintaran itu adalah 1% inspirasi dan 99% adalah kerja kuat"

sy nak tanya, encik habis bila agaknya? cadang nak jemput encik sbg motivator jemputan utk konsultan tempat sy keje. tapi program tu berlangsung 18hb mac ni selama 5 hari, program KEMAS pusat. kemungkinan 2000 wakil KEMAS gabungan setiap negeri akan join. kalau kebetulan encik ada kat malaysia hari tu, sy besar hati kalau encik dapat luangkan masa ke KL. semua ditanggung :)

Azhadi Mohd. Hanapi
AK030139

afandiahmad said...

Salam Azhadi,

Terima kasih atas sokongan. Saya rasa kamu melawak dengan saya nie...motivator jemputan? Hehe...dan lagi masih jauh perjalanan saya di UK ni.

Insya Allah panjang umur, kita berjumpa lagi. Keep in touch. My email: afandiahmad@yahoo.com

Unknown said...

wah.. penuh makna kata2 semua 2..
all the best..

Unknown said...

ehheh..jemputan jd motivator..tahniah...pasti byk input yg membina..teruskn en sy sentiasa sokong dari belakang..insya ALLAH..

afandiahmad said...

Diri sendiri pun tak mampu dimotivasikan...apatah lagi nak motivasikan orang lain...