My Calendar

Saturday, 21 November 2009

Pengkhianat

Aku betul-betul terkesan. Selain dari tekanan akademik, pengajian yang sedang dilalui juga menuntut kekuatan mental.

Kisah dan renungan:
Aku tak faham dan buntu. Apa yang sebenarnya dia hendak dari aku. Hanya kerana namanya tidak aku letakkan dalam senarai penulis bagi satu kertas kajian yang dihantar ke satu jurnal, aku dikatakan pengkhianat! Musykil aku memikirkan, dari sudut etika kerja penulisan, kalau kau memang tak terlibat dan tidak memberikan sumbangan, masakan semudahnya untuk aku 'meletakkan' mana kau? Aku buntu, kenapa ada orang yang tidak memahami etika penulisan dan penerbitan?

Ya Allah, aku juga tidak mahu menjadi hambaMu yang sombong dan angkuh. Aku tetap sedar, sumbangan dan jasa insan-insan lain ketika aku dalam kesusahan. Masakan aku perlu bersikap sombong? Tentu sekali jawapannya tidak!


2 comments:

Musa Abu Samah said...

bos... mencabar betul hidup ko skrg... sabo yer... semua ujian nie akan jd kan ko lebih baik sekiranya ko berjaya melepasi nyer dan mengambil pengajaran yang patut...

Encik Ayie Yang Garang said...

ehk incik... kenapakah ini?? tak der ribut tak der apa alih2 saja saya membaca perkataan pengkid, eh pengkiyanat sebesar2 alam. adakah ini kerana Dokter yang sebelum ini?