My Calendar

Sunday, 24 January 2010

Masa Jatuh

Tak berapa pasti bagaimana patut ditulis untuk akhir-akhir ini. Rumusannya:

  1. MGDC 2010 - ada satu pembentangan yang sangat-sangat meninggalkan kesan. Rasa takut dan kerisauan yang sangat tinggi dengan apa yang telah dibuat sepanjang pengajian PhD. Rasa kosong!
  2. Ph. D. - semakin terasa seksanya untuk 'recall' apa-apa yang berkaitan sepanjang tahun 1, 2 dan 3.
  3. Mahir - Ada beberapa soalan oleh sahabat-sahabat yang diajukan tetapi tidak mampu untuk dijawab dengan bagus. Aduh!
  4. Insomnia - perlu diselesaikan segera!
Suka atau tidak, perjalanan ini mesti diteruskan...


Tuesday, 12 January 2010

Rejected? Just forget it or...

Artikel yang dihantar ditolak merupakan asam garam dalam pengajian Ph. D. Memang satu yang menyakitkan dan kadangkala memakan beberapa hari juga untuk dipulihkan dorongan dan semangat. Tetapi, ini juga satu proses pembelajaran yang penuh kemanisan kerana kita belajar menulis dan memahami keseluruhan apa yang kita tulis dari 0 kepada 1, tambahan lagi menggunakan bukan bahasa ibunda kita.

Justeru, kalau sekalipun ditolak, kenapa kita perlu kecewa atau terus melupakan hasrat untuk menerbitkan hasil kerja kita? Kejayaan pertama yang kita capai ialah, kita telah mencuba sebaiknya dan mendapat pengalaman proses semakan artikel dibuat. Ini juga bertepatan dengan apa yang dinasihatkan dalam panduan berikut:



Minor revision yang diterima ini juga adalah satu peningkatan dalam diri setelah artikel yang dihantar kepada ACM Transaction tempohari ditolak. Moga-moga, usaha yang berterusan pastinya bersama doa yang tidak putus, urusan menimba ilmu dan pengalaman ini dapat berjalan dengan sebaiknya. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu!



Monday, 11 January 2010

Fanatik PBL

Saya sangat tertarik dengan artikel ini. Ini juga adalah asas mengapa saya berminat menjadi 'PBL Tegar!'. Saya berharap, akan lebih ramai individu yang memahami dan melihat kepentingannya.

Monday, 4 January 2010

Merancang Kerja?

Dalam satu-satu masa, kadang kala kita berasa sangat 'sesak' dengan pelbagai persoalan yang hadir. Tanpa kita sedar, 'kesesakan' lalu lintas dalam kotak fikiran kita ini menyebabkan kita jadi buntu, murung, tidak gembira dan segala yang sewaktu dengannya. Untuk bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang, maju ke kiri atau ke kanan juga kita berasa kurang pasti.

Mungkin, pada masa dan ketika ini apa yang kita boleh lakukan ialah:

  1. Luangkan masa untuk menyenaraikan semua kerja-kerja yang perlu, kurang perlu dan tidak perlu untuk kita lakukan. Pastikan setiap kerja itu ada julat masa yang kita ingin tentukan kewajaran disiapkan.
  2. Senaraikan masalah-masalah yang ada. Kenal pasti adakah masalah itu berpunca dari kita. Jika ya, maka kita kena selesaikan dengan segara. Tetapi, bagi masalah yang di luar kawalan kita, kita mesti belajar untuk 'delete' dan 'empty trash' dari diri kita. Berdoalah kepadaNya.
  3. Kurangkan perkara yang boleh mencetuskan kekeliruan, persengketaan dan segala yang boleh mengundang fikiran kita jadi berkecamuk. Nikmati masa sibuk dan sesak dengan sebaiknya. Kerana kalau kita berjaya melaluinya, kita akan rasa satu kejayaan dalam diri kita.
  4. Belajar menjadi orang yang lebih tegas. Jika TIDAK, katakan TIDAK!. Belajar untuk membuatkan mereka yang berada di sekitar kita menerima kita seadanya.
Justeru, teruskan dengan kerja yang perlu diselesaikan. Pastikan jelas dengan matlamat yang hendak dicapai! Yang ada di depan dan jelas itu kita kerjakan! Yang belum pasti lagi, kita ketepikan buat seketika!

Saturday, 2 January 2010

Cerita Tahun Baru 2010?

Masuk aje tahun baru masihi (selain tahun baru hijriah), umumnya sebilangan besar akan membicarakan dua perkara utama; apakah azam tahun baru dan apakah azam tahun terdahulu berjaya dicapai.

Lain pula ceritanya untuk permulaan tahun 2010 bagi aku, aku masih lagi belum bertemu kata putus dan jawapan kepada apa yang sedang aku lalui, yang jelas memerlukan keputusan segera untuk aku buat.

Untuk permulaan 2010 ini, beberapa perkara yang berjaya memberikan kecelaruan ialah:

  1. Ya atau tidak! Itu sahaja yang perlu aku putuskan. Setiap keputusan itu pasti ada risiko, cuma yang aku fikirkan sekarang ialah keputusan mana yang lebih minima risikonya.
  2. Hambatan satu tugas yang memerlukannya untuk disudahkan pada April 2010? Entah, aku jadi sangat pesimis bercakap soal masa yang berbaki! Akal manusiawi aku mengatakan agak sukar! Tapi tak salahkan kalau kita mencuba sedaya upaya dahulu?
  3. Kenal diri? Dalam keserabutan ini jugak aku sedih. Sebab aku kadang-kadang makin tak kenal diri aku sendiri. Kadang-kadang rasa sangat bersalah sangat sebab insan lain yang jadi mangsa

Betul, perjalanan hidup adalah satu yang kompleks. Walau apapun keserabutan, kecelaruan, kekusutan, hidup mesti diteruskan!