Saya memulakan dunia akademik pada tahun 2004. Saya akui pada masa itu, saya sangat tidak jelas akan peranan dan tugas sebagai pensyarah. Banyak juga yang saya gunakan kaedah cuba jaya. Saya secara perlahan-lahan cuba memajukan diri dalam lapangan penulisan. Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan perbaiki. Pencapaian saya hingga kini masih jauh tercicir. Tetapi saya cukup gembira dengan proses pembelajaran yang saya lalui.
Saya perlu menggandakan usaha, untuk lebih maju dalam dunia penulisan. Antaranya dua kunci utama ialah: menjadikan membaca amalan rutin dan memantapkan kemahiran penulisan dan tatabahasa. Saya tidak boleh duduk dan merasa selesa dengan apa yang ada. Saya masih perlu menghadiri kelas pengukuhan tatabahasa Inggeris, supaya saya jadi lebih yakin misalnya dengan penggunaan "Articles" dan juga "Tenses". Ternyata masih banyak yang perlu saya kukuhkan nota pembelajaran ini!
Saya juga perlu mula berjinak-jinak dengan penulisan buku karya asli. Selain itu, kualiti penulisan juga harus saya perhalusi agar kuantiti seiring dengan kualiti. Saya semakin banyak belajar asam garam dunia penulisan ketika menyudahkan pengajian PhD. Saya juga melihat, bagaimana ada sebilangan individu yang sangat "taksub" dan sewenang-wenangnya mahu nama mereka dimasukkan sebagai penulis. Semoga saya tidak jadi begitu!
No comments:
Post a Comment