My Calendar

Saturday, 1 January 2011

1 Januari 2011

Akhir-akhir ini, kesihatan saya sedikit membataskan aktiviti dan pergerakan. Benar, apabila kita dihadirkan rasa sakit, baru akan kita kenang masa sihat. Saya pohon keampunannya atas dosa dan salah silap saya. Moga-moga sakit yang dihadirkan ini dapat membuatkan saya lebih halus dalam berfikir dan bertindak.

Bermula tahun baru ini, pasti ramai yang menyimpan azam untuk dilunaskan dalam tahun mendatang. Saya sejujurnya kurang pasti, apakah KPI yang wajar saya letakkan untuk tahun semasa 2011. Pelbagai aspek perlu saya ambil kira dalam mencorak dan meletak sasaran KPI 2011 untuk dicapai.

Dalam aspek kerjaya misalnya, penutup hujung tahun 2010 juga memberi suntikan semangat apabila proses lantikan Dr A sebagai profesor madya pelawat di fakulti telah berjaya. Insya Allah, saya akan cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang ada agar kita sama-sama beroleh manfaat.

Saya turut gementar apabila saya perlu memimpin seorang pelajar sarjana penyelidikan dan enam pelajar sarjana muda. Saya berazam untuk menyemai minat sebagai penyelidik di kalangan mereka. Mampukah saya?

Setelah tiga tahun berehat, saya juga akan kembali mengajar pelajar-pelajar tahun 3. Saya juga gerun dan perlu membuat persediaan rapi. Agar, mereka akan benar-benar belajar untuk menghargai nilai ilmu.


Menyemai minat dan menghargai nilai ilmu bukan satu perkara yang mudah. Kita terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan yang ada masanya boleh meruntuh benteng motivasi kita. Saya berdoa kepadaNya, agar niat saya untuk memberikan yang terbaik sentiasa dalam lindungan dan bimbinganNya.


Saya selalu berharap agar mereka yang berkesempatan di bawah pengajaran dan seliaan saya bukan sahaja belajar apa itu BEX 31503 misalnya, tetapi lebih daripada itu. Saya nyata lebih gembira apabila melihat anak didik saya tahu apa itu erti "survival" dalam kehidupan yang sementara ini!

5 comments:

Unknown said...

macam kenal je pokok tu..

Musa Abu Samah said...

Tajuk entry kita sama cuma kaedah penulisan nyer berbeza... All the best Dr Afandi Ahmad

M. H. Jabbar said...

semoga Allah kurniakan lebih byk rezeki tahun mendatang... amin

Eridzhuan Zhaieno said...

Selamat Tahun Baru 2011, semoga lebih berjaya. Tahniah dengan semua pencapaian di sepanjang tahun 2010.

Unknown said...

salam Dr Afandi..

nti bolehla bimbing sy pulak ye....insyaallah..=)