Tanpa sedar, tahun 2012 adalah tahun ke 10 bergelar seorang ahli
akademik bermula dengan jawatan tutor pada 2 Mei 2002. Sedari atau
tidak, pelbagai pengalaman dan turun naik denai lembah pengalaman yang
ditelusuri. Nyata, ramai juga yang seringkali
mengajukan, apakah "istimewanya" bergelar seorang pensyarah?
Ya, sememangnya tugas yang I S T I M E W A kerana diuji untuk menunaikan tugas sebagai seorang ahli akademik - terdapat tujuh (7) tugas yang perlu dilunaskan serentak, pengajaran, penyelidikan, penerbitan, pentadbiran, penasihatan, perundingan, perkhidmatan masyarakat!
Bersyukurlah kita saat diuji dan pastikan semuanya kita pusatkan kepadaNya. Misalnya, diuji menjalankan dua (2) tugas pentadbiran serentak yang perlu melayani karenah pelajar - setiap kali pelajar hadir dengan masalah dan memohon penasihatan, akan cuba diberikan perundingan dan bukannya penyelesaian.
Keletihan fizikal sedikit terubat apabila melihat pelajar lebih berkeyakinan, duka bertukar ceria dan lebih teguh hayunan langkah meninggalkan bilik penasihatan. Semoga kalian semua lebih berjaya, berjaya dan berjaya bukan sahaja di dunia, malah yang lebih utama di padang hakiki.

No comments:
Post a Comment