Projek arnab dengan kelahiran generasi pertama |
Projek tanaman serai |
Seringkali kita dengar persoalan, "adakah pemimpin yang hebat itu
dilahirkan atau dilatih?" Sekiranya jawapan "pemimpin hebat itu
dilahirkan" atau juga "pemimpin hebat itu dilatih", apa yang utama ialah
skala nilai tanggungjawab yang perlu disemai dalam diri setiap
pemimpin.
Dalam kapasiti pemimpin pelajar khususnya di Kolej Kediaman Perwira, antara pembaharuan dalam program latihan dengan konsep "to learn & improve" yang diwujudkan ialah menguruskan dua (2) projek utama, iaitu Taman Penyelidikan & Rekreasi Arnab serta Taman Mini Botani Serai, Cili & Kunyit.
Sejujurnya, ada yang mentertawakan idea baru ini namun matlamat yang ingin dicapai cukup jelas. Mengapa pemimpin pelajar ini dilatih menguruskan haiwan dan tumbuhan?
Jika diperhalusi, dengan menguruskan haiwan (arnab sebagai contoh) dan beberapa tanaman seperti serai, cili dan kunyit secara langsung dapat mendidik seorang pemimpin pelajar untuk lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai sifat rendah diri.
Kelmarin misalnya, mereka menguruskan bagaimana untuk memanfaatkan najis arnab secara "eco-friendly" dan kelihatan kerja ini agak kotor! Tetapi, falsafah di sebalik kerja-kerja ini yang lebih jelas kemanisannya.
Hanya kepadaNya dipohon agar pemimpin-pemimpin pelajar ini di bawah bimbinganNya dan bukan sahaja hebat fizikalnya, tajam mindanya malah cekal jiwanya.

No comments:
Post a Comment