Tempat ini telah beberapa tahun saya tinggalkan, tetapi pelbagai asam garam kehidupan yang dipelajari di sini. Antaranya belajar membina keyakinan diri dan mengenali apa tujuan sebenar kita belajar dan kaitannya dengan kehidupan yang hakiki.
Baru-baru ini, seorang sahabat memberikan buah tangan ringkas tetapi dekat di hati, sebuah beg cenderhati keluaran Universiti dengan tulisan:
Baru-baru ini, seorang sahabat memberikan buah tangan ringkas tetapi dekat di hati, sebuah beg cenderhati keluaran Universiti dengan tulisan:
Benar, semua yang
mendaki tangga menara gading ingin mendapatkan segulung ijazah sebagai
tiket untuk mendepani dunia kerjaya. Tetapi, adakah ini memadai? Adakah
boleh dipastikan segulung ijazah itu melayakkan kita duduk di kerusi
empuk kerjaya pilihan kita?
Dunia Universiti akan menjadi sangat lesu dan bertentangan dengan fungsinya jika isinya hanya memikirkan bahawa hanya gred dan kelulusan sahaja yang menjadi nadi dan fokus. Untuk lulus itu tidaklah sukar!
Tetapi, bagaimana dengan fungsi sebenar Universiti untuk memberikan latihan bagi menghadapi kehidupan di luar sana? Kehidupan yang sementara dan juga kehidupan yang hakiki?
Tetapi, bagaimana dengan fungsi sebenar Universiti untuk memberikan latihan bagi menghadapi kehidupan di luar sana? Kehidupan yang sementara dan juga kehidupan yang hakiki?
No comments:
Post a Comment