My Calendar

Monday, 22 July 2013

23 Julai 2010...Ini Bukan Sebuah Karya Ulung

23 Julai 2010 merupakan hari peperiksaan lisan PhD saya. Pengalaman pada hari tersebut khususnya, masih segar. Ada masanya, apabila kadangkala motivasi kerja perlu dicas akan dibelek-belek tesis dalam foto ini - memberikan dorongan peribadi terhadap "erti kesungguhan".


Sekadar berpesan kepada sahabat-sahabat khususnya yang sedang melalui perjalanan terowong PhD, akan beberapa perkara (berdasarkan pengalaman peribadi):

1. Pelihara hubungan profesional bersama penyelia. Ada masanya penyelia meminta bantuan dalam kerja yang "kurang" menyumbang kepada tesis PhD - misalnya bina laman web kumpulan penyelidikan, dll. Rebut peluang itu sebagai usaha untuk menimba ilmu sebagai penyelidik tulen.

2. Setiap kali usai mesyuarat (pertemuan) bersama penyelia, jadikan amalan untuk disediakan "minutes of meeting" yang bertaip kemas dan diemel kepada penyelia (untuk simpanan) dan difailkan untuk rujukan peribadi.

3. Tetapkan "deadline" sendiri dan maklumkan kepada penyelia, sebagai "tekanan mesra" bagi kita supaya tidak bermalas-malasan dan leka dalam terowong kegelapan!

4. Jangan sesekali duduk diam tanpa dimaklumkan kepada penyelia perkembangan terkini! Walau kelihatan penyelia "sibuk" sebenarnya mereka sangat ingin tahu perkembangan terkini pelajar seliaan masing-masing.

5. Displin diri yang kuat sangat penting. Jadikan rutin bekerja dan sentiasa mempunyai sasaran untk "publish" dan "share" hasil kerja menerusi "journal submission" serta poster. Poster, walau kelihatan kecil tetapi adalah latihan yang sangat baik untuk membina keyakinan diri dan menajamkan kemahiran komunikasi.

Selamat maju jaya buat sahabat-sahabat semua!

1 comment:

Qider said...

assalamualaikum encik fendi,saya pelajar generasi BKL 2003-2007..Boleh tak saya kongsikan nasihat encik ni dalam blog saya, ramai sahabat saya yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat dr falsafah..

saya akan linkkan semula ke blog encik.terima kasih