- Hari ini semakin ramai yang berada di Universiti. Persaingan menjadi semakin sengit. Mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan juga semakin hebat atas beberapa faktor.
- Saya tidak pernah berpeluang pada sepanjang sesi persekolahan mengikuti tuisyen kerana kekangan kewangan. Seringkali pada masa itu rasa cemburu menguasai diri dan membandingkan dengan rakan yang berpeluang menghadirinya.
- Saya bercakap dengan anak-anak pelajar soal pencapaian peperiksaan mereka semester lalu. Minta mereka senaraikan punca dan kekangan mengapa tidak boleh cemerlang. Mereka senaraikan tetapi hampir semuanya merujuk kepada masalah diri sendiri yang berada di dalam kawalan mereka.
- Mereka juga cenderung menyalahkan keadaan, persekitaran dan pihak lain akan kekangan itu. Tetapi, mengapa mesti begitu dan adakah itu menguntungkan? Mereka mesti berubah dan memastikan api keinginan untuk lebih berjaya marak dalam diri.
Mereka ini ingin berjaya, tetapi api keinginannya selalu sahaja malap. |
No comments:
Post a Comment