My Calendar

Tuesday 27 November 2007

Alhamdulillah...Sesungguhnya hanya pada Allah tempat kita meletakkan pergantungan...

Selamat Datang Ke Brunel University

Brunel Islamic Society - Persatuan pelajar Muslim kat sini, Alhamdulillah dah jumpa


Kat Brunel, setiap selasa ada "Fruit Market" emm kira mcm Pasar Tani, ok lah senang sikit nak beli buah-buah & barang dapur


Ini delivery punya order, nasi bariyani ayam 8 GBP (= RM 56) dah la pendi, tak yah convert to RM :)


Alhamdulillah, hari nie walaupun masih belum dapat jumpa penyelia, aku ke Brunel jalan kaki aje, hehe...punyelah jauh sebenarnya dalam 40 minit...dengan sejuknya...namun aku yakin perjuangan menuntut ilmu ini adalah Jihad di jalan Allah...Inilah rutin yg bakal aku lalui, kena berjalan kaki ke Brunel (40 minit pergi dan balik). Emmm....sure kuruslah pas nie...

Allah membuka jalan. Tak sangka lepas shj solat Asar, dah nak balik dah pun...jumpa dengan Kak Ina, orang Malaysia la (Staf PSA) buat Master in Biomedical Sciences, tak lama pastu juma Kak Sha (Staf UiTM), Kak Nab (Staf PPD) dan Viena (Staf PJB). Panjang gak kami sembang...Moga ukhwah dibina kerana Allah.



"Aku juga mula mengenali...siapakah diri ini dan diri orang lain yg sebenarnya"

Malam, lapar jugak pas penat berjalan balik tadi order la nasi beriyani n fish masala, pastu Kak Ina telefon ajak beli barang kat Tesco. Ya Allah, terima kasih atas bantuanMu.

Abg Rashid dan Kak Ina kira macam senior bagi orientasi kat aku yg terlalu baru kat sini:
1. Jangan kedekut untuk tolong orang
2. Buat baik dengan orang tak akan kerugian
3.
Tunjukkan jalan kepada orang yang sesat, insya Allah kita tak akan disesatkan



"Ya Allah, terimalah taubat hambaMu yang hina ini...Aku memohon agar kau janganlah nasib ini ditentukan oleh diri aku sendiri, walaupun dengan kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu..."


9 comments:

daniel said...

mudah2an segala2nya dipermudahkan Allah; dan kita harus sentiasa bersyukur atas apa jua yg dikurniakan; insyaAllah kita akan sentiasa melihat bahawa langit itu tinggi dan bumi itu rendah..

afandiahmad said...

Kak Ijah, semoga kita menjadi seperti ikan,yang tidak masin isinya walau berada di lautan yg dalam

Unknown said...

saya doakan semoga semuanya dimudahkan oleh ALLAH

afandiahmad said...

Lan, terima kasih. Moga sambung master n berjaya dengan cemerlang.

Azam said...

uda, moga selamat di perantauan. Yang pasti keluarga di sini sentiasa mendoakan kejayaan uda.

afandiahmad said...

Abg Azam, Terima kasih atas sokongan. Kalau ada lapang, boleh la tolong telefonkan mak dan bak,dan bg tahu kat mak, bak supaya jangan risau - sebab abg azam yang boleh baca blog nie. Doakan uda sihat dan dimudahkan segala urusan.

Azam said...

Insyallah, kami disini akan take care mak & bak. Teruskan perjuangan.

afandiahmad said...

Abg Azam, boleh bagi tau jugak Along dan abg long laman blog nie...pastu boleh suruh mereka print dan bagi mak dan bak baca.

Azam said...

done-along, abg long, chik, amy, mak & bak dah abg azam sampai2kan. bak pun dah tengok blog ni-senyum aje. bukan apa ada kerja nak abg azam submit. amy kata kat blok 12 ada kedai komputer. insyallah kalau ada kesempatan bawak mak pulak yea. ok uda sini dah malam & besok abg azam sekeluarga balik KL semula. Jaga diri baik2.