My Calendar

Thursday 28 August 2008

Pelangi...

Semalam, Allah sudah tentukan memberikan sedikit masa melalui ruang maya (Yahoo Messenger) ini untuk bersembang dengan dua insan yang dikagumi dan dihormati.
Sahabat 1 : Berpeluang kami berdiskusi soal politik tanah air, apatah lagi kini beliau sudah bergelar 'PTDEngineer'. Pencapaiannya sangat mengkagumkan dan kematangannya berhujah semakin jelas. Pengalamannya bergelar pengerusi sebuah kelab juga diyakini banyak membantunya membentuk kredibiliti hari ini. Antara rumusannya untuk dijadikan pengajaran ialah, sewajarnya diri ini dengan kapasiti yang ada (akademia) untuk membantu dalam menjayakan pembangunan Agama, Bangsa dan Negara. Mudahnya, jadikan blog ini satu wadah untuk memberikan manfaat sebaiknya.
Sahabat 2: Kami pernah kenal hanya seketika ketika di tanah air, tapi tidak berpeluang untuk berkenal rapat. Tetapi, kuasa Allah menentukan kami dapat berbual mesra dan saling memberikan sokongan walaupun bersembang secara maya. Dengan sekelumit pandangan yang ada, aku berikan sedikit bahan dan bantuan dan moga-moga ini dapat membantunya. Apa yang lebih mengesankan diri ini ialah ketabahan, kekuatan dan kematangannya dalam menghadapi ujian yang berat tika ini. Emm...bagaimanakah aku rasa diri ini susah, sedih sedangkan ada insan lain yang lebih hebat diuji? Terlalu kerdil diri ini. Apapun, doa tetap dipohon agar diri sahabat senantiasa tabah dan kuat menghadapi ujian dari Allah.
Ingatlah, indahnya pelangi yang selalunya hadir selepas kita merungut kerana sedang enak kita menikmati cahaya mentari di siang hari...kerana kita ternyata terlalu kerdil dalam menilai dan membina persepsi...masih adakah ruang untuk kita merasa diri kita hebat? Peringatan untuk insan bernama AFANDI AHMAD.
Pelangi yang indah...datang selepas hujan...

2 comments:

Abahnajwa said...

Salam Fandi...

Terharu dengan kesediaan seorang sahabat yang sanggup berkongsi ilmu walaupun bukan pada jurusan yang sama..Terharu dengan ketekunan dan jati diri yang tinggi yang ada pada diri sahabat..

Sesi semalam membuatkan aku mula merasa yang perjalanan jauh ini semakin singkat bila ada sahabat yang sanggup memapah kaki yang terkulai dek kejauhan maraton ini..

Terima kasih Afandi Ahmad.. Seorang sahabat..teman..kawan..saudara..adik..yang sudi memberi panduan dan payung ketika sahabatnya dirundung musibah dalam jihad yang dilaluinya..Hanya Allah jua yang mampu membalas segala budi dan jasamu..Amin..

lily8188 said...

Salam..
Layang-layang tidak akan naik dgn mengikut arus angin tetapi layang-layang hanya akan naik dengan melawan arus angin

Begitu juga dengan hidup manusia. Sesiapa yang membiarkan dirinya terpengaruh dgn cabaran dan masalah, ia akan jatuh seperti jatuhnya layang-layang yang mengikut arus angin. Untuk berjaya kita mesti melawan cabaran dan masalah seperti naiknya layang-layang yang melawan arus angin itu.