- Kawan baik, itu sangat penting. Tidak kira di mana kita berada, kita perlukan kawan baik yang faham hak dan kepentingan kawan baik.
- Dalam pengajian PhD juga, peranan kawan baik adalah SANGAT penting dan berikan kesan yang signifikan.
- Ini diakui juga dalam blog Dr. Zaidi yang banyak memberikan tunjuk ajar/panduan berkenaan selok belok dalam PhD dan peri pentingnya untuk mempunyai pasukan dalam PhD.
- Andai kita tidak mempunyai kawan baik dalam bidang kajian yang sama, kawan baik dalam lapangan yang berlainan juga besar ertinya.
- Ketika kita jatuh dan lesu tidak bersemangat, kawan baik kitalah juga yang memberikan dorongan bahawa "PhD nie kita kena jugak buat, kalau kita tak buat, memang tak akan habis".
Tetapi, tidak kurang juga "kawan pelik" yang hadir mewarnai dunia PhD ini. Sering merasakan "diri dan kajian mereka yang paling ulung", "boleh habis ke PhD sebab dah tukar penyelia dan tajuk", "ishh mesti kena buat lanjutan nie, memang tak siap punyelah", "tak sangka ye ko akan alami nasib malang mcm nie" dan NOKTAH.