My Calendar

Sunday, 5 April 2009

Manifestasi Aku dan ...


Tulisan kali ini mungkin agak berbeza bunyinya.
Ketentuan yang Allah catatkan, pada hari yang sama bermula dengan membaca tulisan blog seorang yang banyak berjasa berkisar persoalan "kematian" dan bagaimana beliau membantu dalam menguruskan proses pengkebumian. Menjelang solat Zohor, terserempak pula dengan seorang sahabat karib di sini dan meluangkan sedikit masa, juga persoalan kematian menjadi topik perbualan. Kami bertemu lagi di perpustakaan pada lewat petang dengan wajah ceria dan kesibukannya. Seusai Maghrib, berita pemergian ayah sahabat karib di sini sampai ke telinga dan lantas cuba dihubungi, beliau berada di Heathrow bagi menghantar kakaknya pulang ke Zanziban bagi pengkebumian jenazah ayahnya. Diri ini terdiam, hanya mampu memberikan sedekah Al Fatihah kepada ayah sahabat karib. Moga-moga Allah memberikan lindungan bersama hambaNya yang diredhai.
Dengan kelalaian dan penuh tompok-tompok hitam di hati ini, terjemahan Surah Az- Zukhruf (Ayat 36) sangat menjelaskan kelalaian diri ini.
  1. Al Quran itu adalah teman dan rujukan. Andai sibuk dengan hal ehwal pengajian dan kehidupan yang sering dijadikan alasan untuk mengkesampingkan tugas dan tanggungjawab terhadap Al Quran, maka siapakah diri ini?
  2. Andai masa solat dikesampingkan lantaran "kesibukan" pengajian dan kehidupan, maka siapakah diri ini?
  3. Andai bangun malam dihabiskan kononnya untuk pengajian dan juga kepuasan nafsu hiburan semata-mata, maka siapakah diri ini?

Lemah dan kerdil sungguh diri ini. Andai dipanggil menghadap pencipta pada bila-bila masa, adakah telah cukup lengkap persediaannya? Diri ini perlu keluar dari kepompong keselesaaan yang merugikan!


5 comments:

M. H. Jabbar said...

hmm kadang kala persekitaran kita menjadikan kita tidak tahu tujuan hidup...apa yg perlu dicapai..yg mana perlu diutamakan..

tapi paling penting dalam diri kita... supaya ia menguasai persekitaran kita...tidak dikuasai...

teruskan usaha bro... lebih teruk jalan yg ko lalui sekarang ini...lebih hebat lagi ko akan jadi kelak...

Anonymous said...

penting untuk mengingati n mengingatkan

Muhammad Nizam Awang said...

terima kasih sahabat atas ingatan...

~nizam arjuna~ ;B

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

YO BRO BETUL22

Aliyas @ Ashaari B Hasan Habidin said...

yo bro... teman dah tgk gambar org rumah mike...pandai mike cari ... mike cari ajer rumah kat ayer hitam tu ... kalau balik kampung pun kat kota ajer... beli jangan tak beli...